NAMA : NOOR HIDAYAH BINTI MAHAMAD NAWAWI
NO. MATRIK : 14021121
NO. SIRI : 069
“ DENGAN PERMULAAN KEMBARA YANG AGAK SEDIH MENGENANGKAN MALAPETAKA
TSUNAMI , AKHIRNYA PENGEMBARAAN SAYA DIHIASI PENUH PEMBELAJARAN ” .
Dalam bahagian pertama coretan ini, saya sudah berbicara tentang
keseluruhan pengalaman jalan-jalan di Aceh . Selain kekuatan Islam, budaya dan
makanan , Aceh juga dianugerahkan dengan destinasi-destinasi pelancongan yang
amat menarik .
PULAU SABANG…
Destinasi kami yang seterusnya ialah Pulau Sabang . Pulau ini lebih
dikenali dengan panggilan Pulau Weh di kalangan pelancong-pelancong luar .
Perjalanan hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja dari perlabuhan di Bandar Aceh . Kami sempat
ke ‘ kilometer 0 ’ , noktah permulaan Tanah Indonesia . Titik pegakhiran
Indonesia pula terletak di Marauke , Daerah Papua . Kemudian kami menyeberang
laut ke Pulau Rabiah untuk mandi-manda . Airnya sangat jernih menjadikan
gugusan pulau-pulau di Sabang destinasi menyelam dan snorkeling yang semakin
popular di mata dunia .
TAKENGON …
Selepas dua hari di Sabang , kmi pulau ke Bandar Aceh dan terus
keTakengon di Aceh Tengah . Kedudukan Takengon yang bertanah tinggi dengan
Tasik Lut Tawar di tengah-tengahnya menjadikan pemandangan di sini cantik sekali . Udaranya
juga lebih aman dan dingin . Sempat juga kami ke Pantan Terong yang merupakan
daerah tertinggi di Takengon . Dari sini , pemandangan Tasik Lut Tawar amat
menakjubkan . Takengon juga merupakan pusat penanaman kopi yang penting di Aceh
dan hasil kopinya dieksport ke merata dunia . Kopi yang terkenal pengeluarannya
di sini dari jenis Arabica yang mempunyai kandungan asid yang paling rendah
berbanding jenis-jenis lain .
No comments:
Post a Comment