Friday, February 10, 2017

Jati diri remaja berlandaskan pemikiran positif

NAMA : SITI NOR NAJWA BINTI FAUZI
NO SIRI : 070

       Masa remaja merupakan masa peralihan  daripada kanak-kanak kepada yang baligh sehingga permulaan mereka zaman dewasa. Selama masa remaja berlangsung, mereka memerlukan pembinaan dan pemupukan jati diri daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Pada tahap ini, remaja akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupannya. Termasuk masalah teman lelaki atau teman wanita, masalah persekolahan, pergaulan  dan tidak ketinggalan dan masalah penampilan diri.

       Namun begitu, permasalahan tersebut sebenarnya merupakan proses pencarian jati diri yang kemudiannya akan membentuk keperibadian mereka apabila dewasa kelak dengan tenangnya dan berlandaskan nilai murni merupakan remaja yang Berjaya mendapat jati diri yang cemerlang.

      Jati diri merupakan proses untuk menemukan diri yang sebenarnya. Pada mada pencarian jati diri ini, remaja berusaha untuk mendapat identiti diri yang di impikan mereka. Pada masa ini juga, remaja juga memiliki rasa percaya diri atau keyakinan diri  yang utuh agar mereka tidak dipengaruhi oleh prinsip atau keperibadian yang tidak baik  daripada orang di sekeliling mereka remaja yang berjaya menemukan jati diri yang berkualiti akan menjadi remaja yang cemerlang dan seterusnya berjaya dalam kehidupan.

      Satu daripada cara kualitinya jati diri remaja cemerlang ialah remaja yang berfikiran positif. Selainnya, mempunyai kesihatan fizikal, merea juga sentiasa menjaga minda dan emosi diri daripada dipengaruhi oleh unsur negatif disekelilingnya. Dalam konteks remaja, berfikiran positif  merujuk  keadaan remaja tersebut menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menangkis perkara yang boleh menjadi penghalang kepada kemajuan diri.

      Pemikiran positif ini, mampu untuk menjadi perisai kepada remaja daripada ancaman penjajahan minda yang boleh merosakkan diri mereka. Remaja yang sihat mindanya lebih banyak mendengar daripada bercakap kerana mereka akan berfikir terlebih dahulu, menganalisis dan mengetahui sesuatu isu tersebut sebelum memberikan tindak balas.
     Sebenarnya, pemerolehan keputusan yang tinggi dalam bidang akademik semata-mata tidak boleh dianggap cemerlang tanpa mempunyai jati diri dan keperibadian yang berkualiti. Banyak remaja mempunyai jati diri dan seharusnya menjadi seorang yang beramanah, iaitu jujur , ikhlas,bijak dalam mengurus diri, masa dan sumber di sekelilingnya. Di samping itu, mereka juga berusaha untuk memperbaiki dir  ke arah yang lebih baik. Selain itu, remaja ini rajin, bersemangat tinggi dan sentiasa taat kepada tuntutan agama . selain mentaati kedua ibu bapa mereka.
      Oleh yang demikian, remaja cemerlang bukan sahaja mempunyai markah yang tinggi dalam bidang akademik semata-mata tetapi juga hebat akhlak dan kelakuannya.  


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *