Friday, February 10, 2017

KELUARGA BERTAQWA KELUARGA AKHIRAT

NAMA: NURNAZIHAH BINTI MOHD NOOR
NO MATRIK:  14021142
NO SIRI: 053

Memiliki keluarga yang bahagia dan harmoni adalah idaman setiap insan. Dengan ikatan suci dan perkongsian hidup antara lelaki soleh dan wanita solehah menerajui bahtera keluarga, akan lahir zuriat pewaris yang beriman dan bertaqwa. Al-Quran menjadi panduan hidup utama. Sunnah Rasulullah SAW sebagai pegangan. Memandang dan menilai sesuatu dengan mata hati. Wawasan mereka wawasan akhirat. Akhlak mulia adalah gaya hidup terunggul. Hubungan dengan Allah dijaga rapi dan hubungan dengan manusia sama teliti.

Dr Majdi al-Hilali dalam bukunya, ‘Our Homes As They Should Be’ mengatakan keluarga ialah kubu terpenting dan terakhir yang akan ditembusi musuh sebelum berada di medan perang! Betapa mustahaknya peranan keluarga membentuk peribadi seseorang tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana, ibu bapa yang bertaqwa mendidik dan membina suasana ketaatan di kalangan anak-anak mereka. Keluarga bertaqwa tidak akan berjaya dibina tanpa beriltizam dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, meninggalkan maksiat dan akhlak buruk, mengimarahkan rumah dengan aktiviti keimanan dan bersih dari najis-najis syaitan.
Antara amal-amal keimanan yang amat perlu dipelihara dan disuburkan dalam keluarga bertaqwa ialah memelihara ibadat wajib seperti solat di awal waktu, berpuasa dengan sempurna di bulan Ramadhan, menggalakkan ibadat sunat seperti qiamullai, solat sunat rawatib, berpuasa sunat, menambah ilmu dengan bahan-bahan bacaan baik dan sebagainya. Amal-amal keimanan ini mampu menghidupkan hati dan menyedarkan perasaan untuk bertaqwa kepada Allah. Mafhum hadis bermaksud: “Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun  di malam hari, kemudian dia solat dan mengejutkan ahli keluarganya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Apabila bekerluarga, secara fitrahnya suami isteri berhajatkaan kehadiran cahaya mata, penyeri rumahtangga. Anak-anak ibarat kain putih, terbentang bersih di hadapan ibu bapa untuk dicorakkan bagaimana rupa.  Keluarga bertaqwa mementingkan didikan Islam secara total di dalam rumah mereka. “(Tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap masa depan dan keselamatan anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang benar.” (Surah al-Nisa’ (4): 9)
Sudah terang lagi bersuluh, demi kebaikan anak-anak mereka, satu-satunya jalan Allah dengan bertaqwa kepada Allah. Menjalankan semua aktiviti di dalam dan luar rumah di atas jalan taqwa. Taqwa itu sebaik-baik dan bekal dan penyelesaian. Said al-Musayyib berkata anaknya, “Duhai anakku, sesungguhnya aku menambah solatku kerana kamu dengan harapan aku dapat menjaga kamu dengannya.  Kemudian beliau membaca ayat al-Quran, surah al-Kahfi, ayat 82 ‘dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh”.
Keluarga  bahagia menjadi idaman semua insan. Bagi keluarga bertaqwa, bahagia itu berpunca dari keimanan kepada Allah yang menebal. Mereka hanya akan bahagia jika semua anggota keluarga beriman dan bertaqwa kepada Allah, namun jika ada salah seorang yang melanggar perintah Allah, maka kebahagiaan juga akan terjejas.
Selain itu, takut (khauf) kepada Allah ialah peribadi seorang hamba Allah yang sebenar. Takut dengan sifat-Nya Yang Maha Mengalahkan (al-Qahhar) dan juga azab-Nya yang keras jika berbuat maksiat. Ibu bapa yang bertaqwa mendidik anak-anak mereka bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa. Jika berbuat dosa atau maksiat, boleh mengundang murka Allah. Jadi, anak-anak akan lebih berasa diawasi setiap langah laku mereka.

Ibu bapa yang bertaqwa amat berpegang kuat dengan sumber pertama orang Islam iaitu al-Quran. Mereka sentiasa memantau hubungan anak-anak mereka dengan al-Quran. Mereka sentiasa memikirkan langkah-langkah untuk bersama-sama dengan al-Quran. Sebagai  contohnya, membuat satu program berkaitan dengan al-Quran seperti wajib menghafal surah-surah tertentu sebelum mendapat sesuatu yang diminta, membuat halaqah al-Quran selepas subuh setiap pagi dan bertanya secara spontan ayat-ayat yang menceritakan sesuatu perkara yang dilihat oleh anak-anak

Keluarga bertaqwa tidak akan meninggalkan amalan infak di jalan Allah. Ibu bapa memainkan peranan besar dengan menggalakkan anak-anak bersedekah. Contohnya, menderma kepada rakan yang memerlukan, bersedekah kepada yang meminta dan sebagainya. Mendidik anak-anak berinfak sejak dari kecil lagi adalah amalan yang sangat mulia. Hal ini kerana, amalan ini mendidik anak-anak bahawa jika mukmin itu melimpah dengan kasih saying terhadap saudara seiman dan juga mengajar anak-anak untuk tidak bersikap kedekut. Amalan infak ini memberitahu anak-anak bahawa hidup ini perlu berkongsi bukan untuk memiliki seorang diri.
Ini hanyalah sebahagian langkah-langkah membentuk keluarga bertaqwa, keluarga akhirat. Mukmin muttaqi (bertaqwa) sentiasa mengisi setiap sudut rumah dengan solat, puasa, bacaan suci ayat al-Quran, mengamalkan sunnah Rasul-Nya, mengetuk pintu hati ahli keluarga dengan tazkirah dan munasabah serta menjemput naungan sayap malaikat dengan majlis-majlis ilmu yang sentiasa aktif.  Rumah inilah yang disaksikan para malaikat di kerajaan langgit. Rumah ini jugalah yang layak dibicarakan Allah kepada penghuni langgit dan bumi kebaikan-kebaikan yang mereka lakukan.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *