NUR FAIRUZ BINTI DAHLAN@MOHDALI
(TOULEAN HAFIROS)
NO.SIRI: 054
NO.MATRIK: 14021189
Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang
boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh
seseorang itu.
Menuntut ilmu itu satu jihad yang dituntut oleh islam keatas setiap
penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi
berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
Oleh itu selaku umat islam kita hendaklah berusaha untuk
menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan
dengan islam kerena derjatnya lebih tinggi disisi Allah. Malah salah satu
daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan
bertambah ilmunya semakian mulia akhlaknya dan semakian bertakwa ia kepada
Allah s.w.t.
Al-imam ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan “jihad melawan hawa
nafsu memiliki empat tingkatan .
Pertama:
berjihad untuk membelajari petunjuk (ilmu yang bermanfaat) dan agama yang benar
(amal soleh).
Kedua:
jihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengatahuinya.
Ketika:
berjihad untuk mendakwahkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang yang belum
mengatahuinya.
Keempat:
berjihad untuk sabar dalam berdakwah kepada Allah Ta’ala dan sabar terhadap
gangguan manusia. Dia menanggung kesulitan-kesulitan dakwah itu semata-mata
kerana Allah. Apabila keempat tingkatan ini telah terpenuhi pada dirinya, maka
ia termasuk orang-orang yang Rabbani.
SYAIR PEJUANGAN ISLAM
Tersebutlah sebuah kisah pada saat ini * perjungan islam adalah
hati jangan takut dalam yakinkan diri
agar hidup kejalan yang diredhai,
Islam adalah cintakan keadilan * janganlah takut akan rintangan tegakkan
keadilan runtuhkan kejahatan hanya redha ilahi yang diharapkan,
Majulah wahai para pejuang muda * dalam satu cita , majukan
harapan, singkirkan batas satukan kata agar kejahatan jatuh berantakan,
Wahai para pejuang muda berzaman * jangan biarkan kejahatan bersatu, tegakkan
islam jatuhkan kezaliman, agar islam kembali bersatu,
Bangkitlah wahai pejuang muda * untuk menegakkan islam yang mulia,
hidup ukhuwah dalam saujana, islam itulah Agama yang tercinta,
Teruskan perjuangan dalam agama dengan segala harta dan jiwa *
untuk menegakkan kalimah yang telah tercipta, agar semua impian segera
terlaksana,
Wahai para mukminin satukan harapan * tumbangkan penghalang ,
bangunkan impian , kibarkan panjian islam dalam satu barisan, bersamalah kita
junjungkan keadilan,
Turutlah dalam barisan kami * bersama membangun perjuangan ini
sambutlah seruan dari ilahi, raihlah kemenangan kehidupan hakiki,
Ya Allah Ya Tuhan kami selamatkanlah kami daripada musibah duniawi
* bantulah kami dalam kehidupan ini, agar islam subur kembali,
IMAN, ISLAM, EHSAN, adalah panduan kami untuk menempuhi segala
badai yang akan kembali ketakwaan illahi adalah pegengan kami.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment