NUR FAIRUZ BINTI DAHLAN@MOHDALI (TOULEAN HAFIROS)
NO.SIRI: 054
NO.MATRIK: 14021189
Wanita punya kedudukan mulia di sisi islam. Islamlah yang telah
berjaya mengangkat martabat kaum wanita setelah teruk diperlakukan
sewenang-wenangnya pada zaman jahiliah. Kehadiran islam membawa bersama rahmat
bagi memelihara maruah wanita.
Hari ini, tidak sedikit ujian yang terpaksa dilalui golongan
wanita. Pelbagai mehnah yang terpaksa dilalui. Mengandung salah, tak mengandung
pun salah. Kahwin salah, tak kahwin pun salah. Kalau kahwin awal pun orang
tetap mengata. Kalau terlewat mendirikan rumah tanggga, kritikan dan cemuhan
tetap dilemparkan. Pelbagai kata nista kurang elok dihamburkan.
Bagitulah nasib kaum wanita. Semuanya dihadapi dengan saksama. Oleh
sebab itulah, bagi mereka ini disediakan pahala yang besar diakhirat kelak. Bagitu
juga dengan syrga bagi mereka. Telah dipesan bahawa sekiranya menjaga empat
perkara iaitu solat, puasa faraj dan taat kepada suami, maka mereka boleh
memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasuki kelak.
BILA dikatakan
bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta
serba-serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum wanita
‘Ahli Dunia’ akan muncul dan mengisi syurga kelak?
Di dalam syurga kelak, kaum wanita ‘Ahli Dunia’ akan muncul jauh lebih
rupawan berbanding para bidadari
sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus
dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka.
Pada ketika yang sama wanita dari dunia yang menghuni syurga akan
dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. Inilah ganjaran yang
akan Allah kurniakan kepada wanita syurga sesuai dengan kebajikan dan amal
ibadat yang telah mereka kerjakan semasa di dunia dahulu.
Kaum wanita diberi kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi berbanding
para bidadari biasa dari syurga, lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai
ujian pahit manis serta pelbagai ujian serta bertungkus lumus beribadat kepada
Allah SWT ketika hidupnya dahulu.
Di syurga nanti seorang wanita yang telah bersuami akan terus kembali
berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dahulu dan di syurga nanti
dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya.
Manakala bagi seorang wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki
ketika di dunia, mereka di beri kelebihan untuk memilih salah satu lelaki yang
pernah mereka kahwini dahulu.
Wanita-wanita ini nanti tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari
kemuliaannya biadadari biasa di taman syurga. Para penghuni syurga tidak akan
mengalami masa gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya
melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan satu nur ajaib
menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga.
No comments:
Post a Comment