Friday, February 10, 2017

KEPENTINGAN TULISAN JAWI

 NUR FAIRUZ BINTI DAHLAN@MOHDALI (TOULEAN HAFIROS)
NO.siri : 054
NO.matrik : 1402118

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanyailmu pengetahuan seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras denganperedaran zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan daripelbagai aspek seperti kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, sosial, politik, ekonomidan sebagainya.Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ALLAHini, terlalu banyak dan luas ilmu yang perlu dituntut. Ilmu yang Allah kurniakan terlaluluas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Namun begitu, sebagai seorangpenganut agama islam, kita mestilah mengetahui dan mendalami mengenai ajaranagama tersebut. Melalui pembelajaran pada kali ini, pengkaji akan mengetahuimengenai sejarah perkembangan tulisan jawi dan khat yang terdapat di Malaysia

Selain itu, tulisan jawi ini juga mula diperkenalkan seiring dengan ajaran Al-Quran. Kita sebagai umat islam perlu berbangga kerana dengan pengunaan tulisan jawi islam itu mampu dikenali di seantero dunia. Ini kerana bukan umat islam sahajayang mempelajari dan menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan perantaraanmereka namun pelbagai bangsa juga mempelajari tulisan jawi ini meskipun tidakmenganuti agama islam. Ini dibuktikan dengan beberapa prasasti mengenai tulisan jawi pada zaman Alam Melayu lagi. Apabila tulisan jawi tersebar meluas, maka wujud pula tokoh-tokoh yangmenghasilkan seni tulisan jawi dalam pelbagai bentuk yang dikenali sebagai tulisankhat.
Tuliskan Jawi dan khat merupakan warisan umat Islam yang semakindipinggirkan, namun terdapat usaha-usaha menigkatkan semula martabattulisan Jawi.1.0 Huraikan sejarah perkembangan tulisan Jawi dan khat di Malaysia.1.1

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
Tulisan jawi telah lama berkembang di Malaysia sejak kedatangan islam ke tanahmelayu. Hal ini berkait rapat dengan kedatangan islam ke nusantara. Pada awalnya,tulisan jawi dikatakan berasal daripada kedatangan islam ke kepulauan melayu pada55 hijrah. Selain itu ada juga yang berpendapat pada 505 hijrah berasal daripadatulisan arab berasaskan al-Quran dan hadis. Namun tidak ada rekod yangmembuktikan bahawa tulisan Jawi dibuat oleh orang Melayu. Pada pertengahanabad ke-20, muncul seorang insan yang ingin mengkaji iaitu Zainal Abidin Ahmad
atau dikenali sebagai Za’ba. Beliau telah berusaha bermula dari tahun 1918 bagi
mengumpulkan banyak perkataan Melayu.Kemudian tulisan jawi telah digunakan sebagai tulisan rasmi bagi beberapa buahnegara seperti Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perkembangan tulisan inibermula sejak kerajaan islam pasai lagi. Kemudian tulisan ini disebarkan ke kerajaanMelaka, kerajaan johor dan acheh pada abad ke-17. Tulisan jawi adalah yangterawal sampai di Malaysia berbanding tulisan rumi berdasarkan Penemuan batubersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M dan tulisan rumi pada kurunke-19. Selain itu, penemuan batu bersurat ini juga dapat membuktikan bahawaagama Islam telah bertapak kukuh di alam Melayu. Di dalamnya mengandungihukum pelaksanaan hukum hudud dan undang-undang jenayah bagi sesebuahnegara Islam. Selain itu, terdapat juga penemuan manuskrip yang tertua di dalam
tulisan Jawi iaitu Aqa’id An

-Nasafi pada 998H bersamaan 1590M. Berdasarkanpenemuan kedua-dua bahan ini,agama Islam memainkan peranan yang sangatpenting dalam kegiatan penulisan. Tambahan pula, dengan kreativiti masyarakatMelayu memanfaatkan huruf-huruf Arab sehinggalah terbentuknya tulisan Jawi. Olehitu, berlaku penggunaan abjad yang dipinjam daripada abjad arab telah membawakepada satu perubahan kepada abjad Jawi. Semasa penggunaan abjad Jawi ini,terdapat juga pinjaman daripada tulisan Parsi-Hindi yang memang wujud. Setelah itu,wujudlah huruf-huruf seperti CA-JIM, NGA-GHAIN, PA-FA, GA-KAF, VA-WAU, dulisan khat.


Menunjukkan batu nisan

Menunjukkan batu nisan.Menurut Abd Rahman Hamzah (2008), banyak batu nisan tulisan Jawi atau Arabyang dapat membantu para pengkaji sejarah menghuraikan tentang maklumat Raja-raja kerajaan Melayu Islam pada zaman Melayu termasuk di Semenanung TanahMelayu, Banda, Acheh, Kemboja , Brunei Darus Salam, Sumatera Barat, SumateraSelatan dan Kalimantan.Selepas 200 tahun tulisan ini mencapai kegemilangan bersama kedatangan Islam,tulisan mula luntur akibat kedatangan British ke tanah Melayu pada tahun 1511.Walaupun, masyarakat Melayu masih menggunakan tulisan Jawi dalam aktivitiseharian seperti pengajaran dan pembelajaran misalnya di sekolah-sekolah pondokyang dijadikan sebagai tulisan rasmi mereka. Namun perkembangan tulisan Jawi inimula merisaukan pihak penjajah dan mereka telah berusaha untuk menghapuskantulisan Jawi daripada masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, British mulamengorak langkah dengan memperkenalkan tulisan rumiyang dipanggil sebagaiRoman secara berperingkat bagi bertujuan menghapuskan tulisan Jawi denganmenubuhkan sekolah Vernakular. Orang pertama menjadi perintis untuk menukar penggunaan masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi ialah Cornelis De Houtmanpada tahun 1598M / 928H. Kemudian kerja ini disambung oleh disusuli JohnCrawford pada tahun 1852M / 1182H. Tambahan pula, pihak British telah membuatkajian mengenai kelemahan tulisan Jawi bagi membuat masyarakat Melayu dapatmembezakan tulisan Jawi atau Roman lagi baik.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *