NUR FAIRUZ BINTI DAHLAN@MOHDALI (TOULEAN
HAFIROS)
NO.SIRI: 054
NO.MATRIK:
14021189
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “ katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka”. (surah An-nur:30).
Walaupun bergaulan dibenarkan oleh syariat dalam
suasana terpaksa dan keperluan. Namun islam telah meletakan adab-adab dan
disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan
mengekang sikap-sikap seorang dalam berlaku perkara maksiat yang sering
terbebas di antara lelaki dan wanita samada yang belum berkahwin ataupun sudah
berkahwin.
Adab Yang Perlu Dijaga Oleh Lelaki Dan
Perempuan:
·
Ucapan yang makruf (baik) dan sopan.
·
Menundukan pandangan..
·
Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak.
·
Tidak berkhalwat (berdua-duaan).
·
Menghindari tempat syubhah.
Adab Khas Bagi
Wanita:
o
Iltizam dengan pakaian islam.
o Serius dalam ucapan,
tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
o
Menjaga bergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan
lenggang lenggok yang menggoda.
Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan wanita
amatlah dititk beratkan di dalam islam. Pastikan kita sentiasa menjaga batasan
dimana sahaja kita berada.
HUKUM
Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai
berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah
Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum
asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal
haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi
CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya
kembali kepada asal, iaitu HARAM.
Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh
untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki
terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun,
andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka
HARAM. Banyak lagi contoh lain.
Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah
belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat
ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan
lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda
asal, HARAM.
Kalau untuk DAKWAH, agak panjang
perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan
memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi
segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.
b)Kenapa ikhtilat HARAM?
Kerana ia menghampiri zina. Simple.
Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan
nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa
kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan
kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!
Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.
Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.
KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT
“Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
“Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu
penting!”
“Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
“Kitorang bukannya zina pun…”
“Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
“Kitorang bukannya zina pun…”
Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk
membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan
jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana
sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesama jantina,
maka utamakan yang sesama jantina. Semoga bermanfaat.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment