Wednesday, February 8, 2017

HARTA BOLEH MENGHANCURKAN HUBUNGAN KELUARGA

NAMA: SITI NURUL NABIHAH BT MOHAMAD  
NO. SIRI : 012

  Mengikut statistik yang pernah diterbitkan sebuah majalah tempatan, isu pergaduhan adik-beradik berlaku hampir pada semua institusi kekeluargaan dan kebanyakannya berpunca daripada masalah iri hati dan perebutan harta. Mahkamah sendiri banyak merekodkan kes menbabitkan isu keluarga dan masalah berebut harta peninggalan namun kebanyakannya diselesaikan di luar mahkamah mengikut budi bicara ahli keluarga. Mengikut islam pargaduhan dalam adik –beradik adalah satu dosa. Tidak bercakap lebih tiga hari pun sudah jatuh dosanya apatah lagi bergaduh bertahun-tahun lamanya.

 Isu perebutan harta adalah paling utama mengapa berlakunya pergaduhan dalam kalangan adik-beradik. Ketidakpuasan mengenai pembahagian harta menyebabkan pertalian darah menjadi renggang dan mencetuskan permusuhan berpanjangan.
Apakah punca terjadinya konflik adik-beradik dan bagaimana cara untuk menagatasi masalah ini.


 SAMA RATA
Penyelesaiannya mudah. Di dalam undang-undang, termaktub dengan jelas yang setiap ibu bapa digalakkan membuat wasiat agar pembahagian aset kepada anak-anak arau waris mengikut perundangan dan adil selepas berlakunya kematian. Namun sebelum membuat wasiat bertulis , sebaik-baiknya pemilik aset berbincang dengan peguam atau pihak yang arif  agar pembahagian harta dapat dilaksanakan secara professional. Tindakan ini dapat mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati dalam kalangan anak-anak. Kepada remaja, kita harus ingat wang dan harta bukan kunci kebahagian, terimalah wasiat dengan hati terbuka.
  Punca yang kedua paling banyak direkodkan pula adalah isu pilih kasih seseorang anak mereka dan ia ditunjukan dengan jelas hingg menyebabkan yang lain terasa hati. Tapi rasanya sebagai anak muda yang jauh lebih motivasi hari ini, anggapitu satu cabaran bagi membuktikan yang anda tidak memerlukan layanan serupa bagi menjadi individu yang baik. Layan adik-beradik sama rata dan jangan sesekali mambandingkan adk-beradik kerana setiap insan ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan lupa  terikut dendam hanya kerana kesilapan ibu bapa. Luahkan isi hati kepada ibu bapa jika kita berasa diri terpinggir kerana tidak mustahil yang kebanyakan ibu bapa tidak sedar perasaan anak terguris gara-gara sikap mereka yang pilih kasih. Jika berlaku perselisihan faham adik-beradik, usah disimpan dalam hati. Maafkan kesilapan masing-masing dan cuba menyelami hati saudara kandung kita. Cara ini membuatkan kita lebih memehami dan ikatan  adik-beradik semakin erat.

 KURANG DIDIKAN AGAMA
Buang ego dan cuba eratkan  kembali hubungan dengan adik- beradik. Ingatlah permusuhan adik-beradik tidak mempunyai faedah dan mendatangkan kerugian samata-mata. Walaupun rasa benci jelas di wajah, namun percayalah jauh di sudut hati tidak boleh menafikan kehadiran darah dangin. Pupuk kasih sayang antara kalian, pasti ia kan membuahkan kemanisan.
Punca ketiga rasanya paling perlu diberi perhatian iaitu kurangnya didikan agama. Asas didikan agama bukan saja dapat membentuk akhlak mulia,malah menjadi panduan kepada remaja untuk menjalin kehidupan yang sihat. Kurang didikan agama akan menyebabkan golongan ini hilang arah dan mudah dipengaruhi anasir negatif seperti kurang sabar, hasad dengki dan sebagainya. Unsur negatif ini menyebabkan remaja sering berselisihan faham dengan adik-beradik sehingga berlakunya pergaduhan yang besar. Malah ada yang sanggup memutuskan ikatan persaudaraan gara-gara terlalu mengikut rasa hati. Jika ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap aspek agama, kita jangan menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan perbuatan negatif. Cara alternetif seperti belajar mendalami agama disekolah, universiti atau berguru dengan pengajar yang bertaulia.
Ilmu agama akan membantu kita mengurus kehidupan dengan baik dan menjaga kebajikan keluarga. Lantaran, tidak akan berlaku permusuhan suadara.

TERMAKAN HASUTAN
 Hasutan orang ketiga antara punca berlakunya pertelagahan antara adik-beradik. Keluarga kita sememangnya bahagia dan ikatan adik-beradik begitu erat tapi ia menjadi goyah apabila adanya campir tangan atau hasutan pihak ketiga seperti kekasih , saudara mara jauh atau musuh yang dengki dengan kebahagian yanh dinikmati keluarga kita. Ramai yang tidak sedar mereka termakan hasutan dengan pihak ketiga sehingga sanggup berpantang arang dengan adik-beradik sendiri.

Justeru untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu lebih berhati- hati apabila bergaul  dengan orang luar selain keluarga kerana kita tidak tahu niat tersembunyi seseorang itu terutamanya mereka yang baru kita kenali. Jika pihak ketiga cuba memburukan adik-beradik kita atau melaga-lagakan kita dengan keluarga, jauhkan diri daripada golongan ini. Tindakan paling penting, ceritakan perangai orang ketiga ini kepada adik-beradik serta keluarga agar mereka tahu perkara sebenar dan tidak terpengaruh dengan hasutannya.

Perlu diingat hubungan kita adik-beradik kekal sampai ke mati dan jangan sekali kerana sebab kecil kita sanggup membelakangkan mereka apatah lagi menjauhakn diri daripada mereka.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *