30 JANUARI
2017|OLEH NUSAIBAH SHAFUDIN
Nama : Nusaibah
binti Shafudin
No Siri :
055|No Matrik : 14021219
Muzik mampu
menghiburkan hati yang duka, merawat jiwa yang lara dan menjadi pengubat
kecewa. Begitulah besarnya implikasi muzik dalam mempengaruhi pembentukan emosi
seseorang. Namun, saat menghayati muzik,
kita sering terkandas dan terleka dek alunan irama dan lagu yang membuai
perasaan.Hiburan adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan
manusia. Misalnya, lagu-lagu berunsur motivasi yang membawa kepada kebaikan
mampu memberikan signifikan yang cukup besar untuk pembangunan diri yang
positif.
Pensyarah
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid membentangkan kertas kerja Islamisasi
Seni Muzik Sebagai Hiburan Alternatif: Satu Analisis Dari Perspektif Pendekatan
Dakwah
memberi pendekatan berbeza dalam konteks seni muzik.
Islamisasi,
menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, ialah pembebasan manusia daripada
tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu
(pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme. Pengaruh sekular
yang semakin menular menyebabkan seni muzik yang dinikmati bukan bertujuan
mencari ketenangan atau pengabdian kepada Allah s.w.t. tetapi menjadi hiburan
yang melalaikan dan mendorong kebebasan daripada kongkongan agama. Akhirnya
seni muzik beginilah yang membawa kepada maksiat dan hilang matlamat asalnya.
Ciri-ciri muzik
dalam Islam :
Islam tidak
mengharamkan muzik secara total,sebaliknya meletakkan ciri-cirinya supaya tidak
merosakkan.Antara ciri muzik yang dibenarkan oleh Islam ialah :
-Muzik yang
lembut dan berdisiplin
-Tidak
mengganggu,seperti pada waktu solat, tidak terlalu kuat pada larut malam dan
tidak mengganggu jiran
-Diadakan di
tempat yang baik, seperti majlis perkahwinan hari-hari raya dan bukan tempat
yang tidak baik pada pandangan islam seperti di kelab-kelab malam, cabaret,bar
dan lain lagi.
-Hadirin yang
hadir hendaklah berpakaian sopan, tidak bercampur baur antara lelaki dan
perempuan dan bergaul bebas,tiada unsur haram dalam majlis tersebut, seperti
minum arak, zina,dan adapun tarian yang diharamkan oleh syarak.
asssalammualaikum saya student form 4 nak tumpang tanya,kalau muzik yang jenis electro music mcm dari DJ Alan Walker yang mainkan music sahaja tanpa lirik boleh ke dengar ? selalunya kalau saya dengar music mcm tu ibu saya selalu complaint lagu tu macam lagu disco.
ReplyDelete