Monday, March 13, 2017

FITNAH DI HUJUNG JARI

Disediakan oleh: Che Muhammad Firdaus Bin Che Abdullah
No.matrik: 14021193
No.siri: 093

Dengan pelbagai platform media yang serba canggih dan efisien yang terdapat hari ini,bermacam-macam berita terkini dapat diperoleh semudah dengan hanya memetik jari.
            Namun begitu,dalam banyak-banyak berita dan maklumat ini berita dan maklumat ini, berita dn maklumat sensasilah yang paling digemari an mendapat perhatian lebih-lebih lagi kisah kontroversi yang dikaitkan dengan artis-artis tempatan ataupun individu tertentu.

            Terdapat segelintir masyarakat yang gemar mereka-reka cerita yang tidak benar semata-mata untuk mendapatkan glamor dan suka memburuk-burukkan orang lain dengan tujuan mengaibkan imej dan maruah seseorang.Puncanya, disebabkan rasa dengki dan tidak senang melihat kejayaan dan kesenangan orang lain.Selain itu juga,dalam dunia politik juga tadalah penyumbang besar dan penyebab berlakunya fitnah siber paa hari ini.

            Sikap sesetengah masyarakat yang suka dan gemar dengan cerita-cerita yang hangat dan sensasi ini apabila mendapat berita-berita sebegini dengan mudah pula mereka berkongsi cerita dengan rakan-rakan media sosial mereka yang lain tanpa berfikir panjang.

Mereka ingin menunjukkkan kehebatan diri dengan cepat memperoleh maklumat dan bijak menganalisis setiap maklumat yang diterimanya.Ini memudahkan untuk mereka meraih pengaruh dan pengikut serta mendapat kedudukan yang istimewa dalam masyarakat.
Sifat manusia yang sebegini seolah-olah menggambarkan bahawa diri mereka itu tidak bertuhan.Mereka tidak berasakan bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah SWT serta tidak takut bahawa apa sahaja yang dilakukan itu akan dicatat dan dibalas di akhirat nanti.
Sebab itu berbagai-bagai komen dikemas kini pada FB,TWITTER dan INSTAGRAM masing-masing.Manakala rakan-rakan yang lain pula turut memeriahkan ‘wallnya’ dengan komen masing-masing tanpa diselidik terlebih dahulu maklumat atau berita itu shahih atau tidak.Bagi nak sedapkn lagi cerita pelbagai rencah dan perisa ditokok tambah tanpa mereka.
Ada pula yang sengaja melibatkan diri dengan kerja-kerja sebegini kerana berasaskan perbuatan mereka itu betul rasa terhormat dan mulia perbuatan mereka dengan cuba untuk menjadi juara dengan memperjuangkan isu walhal tidak diketahui sama ada isu itu benar ataupun tidak.

Bagi meraih kepercayaan,mereka akan menonjolkan sisi imej yang baik dan intelek dengan menyelitkan hujah-hujah bernas supaya masyarakat mudah percaya dan terpengaruh dengan isu yang mereka bangkitkan itu sedangkan isu itu belum tentu lagi kebenarannya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *