Monday, March 13, 2017

Wanita Bidadari Besi

Nama : Nor Asiah Binti Rezali
No Matrik : 14021171
No Siri : 066

Bidadari besi yang menarik perhatian kaum muslimin hinggaan menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda yang bernama Rafi bin Umairah, “ Pejuang yang berkuda itu adalah Khalid bin Al-Walid, panglima kita”. Tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu  Rafik bertanya kepada Khalid “Siapakah penunggan kuda yang bertarung di hadapnmu tadi?, aku sangkakan kaulah penunggang kuda itu.” Sedangkan Khalid Al-Walid juga tidak mengetahuinya.
Khalid berkata lagi , “Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah tentera yang mempertahankan agama Allah SWT itu!”. Maka bertempurlah tentera islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid bersama pejuang berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya, tentera islam mencapai kemenangan yang gilang-gemilang.
Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera Muslimin, kelihatan keseluruhan tubuhnya bermandikan darah. Lalu, Khalid bin Al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata, “ Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang mengorbankan diri di jalan Allah SWT dan menunjukkan keberanianmu di hadapan musuh.”
“ Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!”
Akan tetapi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah seorang tentera Muslimin  pun berkata “Wahai orang yang dimuliakan! Panglima perang berkata kepada kamu hanya diam membisu dan memalingkan diri daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.”
Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk belakang kuda dan terus meninggalkan Khalid bin Al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakan itu membuatkan Khalid bin Al-WAlid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya seraya menjerit “Biadap kau! Kau telah mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana kamu datang?”.

Apabila pejuang itu melihat Khalid bin Al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan kedengaran suara wanita. “ Aku tidak akan memalingkan wajahku daripadamu, melaikan kerana terasa malu”. Khalid hamper terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan daripada penunggang berkuda itu kerana yang didengarnya adalah suara suara seorang gadis.
Kata suara itu lagi, “ Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan aku seorang wanita yang selalu berlitup”.Khalid kagum dengan penjelasan itu lalu bertanya, “Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?”. Suara itu menjawab,
“ Aku Khaulah binti Al-Azwar. Ketika aku bersama dengan perempuan, tiba-tiba sampai berita kepadaku , bahawa saudaraku Dhirir bin Al-Azwar telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku , lalu aku terus menunggan kuda ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.”
Beliau pernah ditangkap dan ditawan didalam peperangan, lalu dibawa ke subuah kem bersama tawanan wanita lain. Mereka dikurung dan dikawal dengan ketat dalam beberapa hari, mereka juga dijadikan bahan keseronokan di bahagian khemah pemimpin. Miskipun sukar untuk melepaskan diri, tetapi mereka tidak menyerah diri, beliaulah merupakan pemotivasi kepada wanita tawanan supaya berjuang sama bagi melepaskan diri. Mereka menggunakan tiang-tiang khemah untuk bertarung dengan musuh, beliau Berjaya merampas tombak dan menggunakanya untuk bertempur, manakala tiang khemah sebagai alat melindung diri daripada tusukan tombak. Mereka Berjaya membuat kekacaun pada pasukan pihak lawan dan Berjaya pulang dengan selamat.
Penceritaan diatas ini menggambarkan bukan sahaja lelaki yang berani dan tangkas dalam peperangan, malah terdapat sesetengah wanita yang lebih maju daripada lelaki, tidak semistinya didalam peperangan, pengurusan, pekerjaan dan seumpamanya. Oleh itu, wahai para lelaki, janganlah engkau memandang rendah pada golongan ini, tapi tidak lupa pula kepada golongan wanita, janganlah pula engkau sombong. Mungkin  pada masa sekarang kau tinggi daripada mereka, mungkin juga kemudian hari kau pula orang yang paling rendah daripada mereka yang terdahulu.




No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *