Monday, March 13, 2017

MEMARTABATKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

 Husaini Azimin

   Dalam masyarakat Malaysia, individu istimewa itu lebih merujuk individu yang berbeza daripada individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal. Atas sebab ini jugalah, mereka digolongkan dalam kategori orang kurang upaya (OKU) atau orang kelainan upaya.

   Golongan OKU ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak sama rata dan tidak sesekali dilihat sebagai golongan yang lemah. Secara ringkasnya, individu dengan ketidakupayaan didefiniskan sebagai kategori individu yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran, emosi dan tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisme, pintar cerdas atau berbakat, dan juga masalah yang berkaitan dengan fungsi kognitif. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat pelbagai kategori OKU dan pengelasan mereka berdasarkan pada kelainan dalam keupayaan atau ketidakupayaan mereka.
   Definisi OKU digunakan untuk menggambarkan kelainan upaya seseorang itu sebagai individu dengan keupayaan tertentu dan mereka itu amat berbeza sekali atau lebih teruk ataupun lebih hebat daripada individu yang normal. Namun begitu, mereka itu tetap individu manusia yang memiliki hak dan keperluan yang sama, seperti yang dimiliki oleh individu normal. Mereka berhak untuk hidup secara sihat. Mereka berhak dilayan secara adil dan mereka juga berhak belajar, berkerjaya dan berkeluarga, sama seperti individu lain.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *