Monday, March 13, 2017

Dadah

Disediakan oleh : Nik Nur Aisyah Bt Nik Ibrahim
No. Matrik : 24021224
No. Siri : 082

     Penagihan dadah adalah merupakan penyakit sosial yang mengancam keselamatan negara dan merosakkan maruah diri serta sekaligus meruntuhkan institusi masyarakat. Penyalahgunaan dadah telah sampai ke tahap yang membimbangkan malah boleh dianggap sebagai musuh utama negara kini. Dadah ialah suatu bahan kimia yabg mempunyai kuasa tindak balas yang berkesan yang boleh menimbulkan pengaruh terhadap organ dan sistem saraf manusia (jika diambil).
       Penagihan dadah merupakan masalah sosial dan keselamatan yang serius di negara ini. Sejak pertengahan tahun 1970-an lagi, penyelidik tempatan seperti Navaratnam dan Spencer 1976 sudah mentakrifkan masalah penagihan dadah sebagai berada di tahap epidemik. Sejumlag 10 325 orang penagih dadah dikenalpasti pada tahun 1976 berbanding dengan hanya 711 orang penagih dadah pada 1970 (Laporan Dadah Malaysia, 1990),ini bermakna gandaan lebih daripada sepuluh kali dalam jangka masa enam tahun. Juga, pada setiap bulan, seramai 500 orang penagih dadah baru dikenalpasti (Laporan Dadah Januari-September 1992),dan sehinga tahun 1994,seramai 160 693 penagih telah dikenalpasti (Narcotic Report, 1994).Perangkaan ini menunjukkan bahawa masalah penagihan dadah di negara kita semakin serius.
         Bercakap mengenai punca penagihan pula, menurut kajian pihak tertentu dan dilaporkan, adalah atas faktor kemajuan yang menyebabkan berlaku kejutan budaya, malah faktor pengaruh kawan, cara pendidikan anak-anak, kejahilan, peranan golongan pengedar, peranan golongan subvertif dan faktor pengabaian keluarga. Faktor-faktor ini nampaknya tidak berubah semenjak dulu lagi.
        Dalam hadis sohih riwayat Imam Muslim, baginda Rasulullah SAW bersabda :
    “Setiap malam memabukkan adalah arak dan setiap arak itu hukumnya haram”
      Mengikut fatwa As-Husin (bekas mufti Mesir) mengatakan bahawa dadah memabukkan dan berbahaya kepada umat manusia dan masyarakat seluruhnya, oleh itu dadah termasuk dalam maksud hadis iaitu setiap yang memabukkan itu adalah haram.

       Akibat lalai kepada perintah Allah Taala manusia telah melakukan berbagai-bagai kemaksiatan dan terperangkap dengan dadah. Dadah merupakan musuh yang amat berbahaya yang mesti diperangi habis-habisan. Memeranginya adalah merupakan seruan jihad yang harus dititikberatkan oleh semua. Dadah telah dijadikan senjata untuk melemahkan umat Islam dan musuh. Namun, yang pasti, dadah membawa kesan yang buruk kepada kita semua jadi sama-samalh kita perangi dadah. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *