NAMA: ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD
NO SIRI: 111
Satu soalan yang tak ramai orang pernah terfikir ?
Kutip makanan dari tong sampah, tidur di kaki lima, jarang mandi, comot dan
macam-macam lagi. Namun itulah hakikatnya orang tidak waras selalu sihat-sihat
saja. Perasan tak ? Untuk itu mari kita berfikir dan mencari jawapanya.
Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan
mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan
tersebut.
Apakah setiap orang gila itu memiliki tingkat kekebalan
fizikal dan keseimbangan tubuh yang kuat atau mungkinkah dalam tubuh orang gila
itu ada zat - zat yang handal menentang penyakit ?
Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana
tidak berfikir macam-macam seperti kita buat. Memakan apa sahaja makanan yang
boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng
masih mencari ayam goreng dan masih banyak contoh yang lainya.
Menerima seadanya. Orang gila itu selalu 'qona'ah' atau
menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut
macam-macam serta cerewet. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin
motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang
terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh
sakit.
Orang gila jarang dapat sakit kerana orang gila tidak pernah
rasa stress. Mereka tidak pernah memiliki beban fikiran sekaligus menjadikan
sensasi yang selalu ceria bahagia dalam hidupnya. Senyum sendirian dan
kadang-kadang ketawa tak bersebab.
Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak
tersenyum, betul tak ? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan
damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu
hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu
gembira dan tersenyum.
Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah "Orang
Gila", tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang
Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak
berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.
Mungkin juga mereka ada penyakit tertentu yang sememangnya
penulis tak tahu kerana tak pernah pula menjaga orang gila serta mangambil tahu
masalah mereka lebih terperinci.
Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan
dengan begitu akan membuat kita selalu sihat. Bagaimanapun bersyukurlah anda
dianugerahkan sebagai orang waras yang ternyata lebih baik dari orang gila
kerana orang waras punyai akal untuk berfikir mana yang baik dilakukan dan mana
yang tidak !!! Wallah'hu alam, hanya Allah saja yang tahu apa rahsia kesihatan
mereka.
No comments:
Post a Comment