TAJUK :
OLEH : MUHAMAD AKRAM BIN AHMED
NO.SIRI :110
NO.MATRIK :14021170
Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini
yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca
utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan
pemakanan yang tidak bijaksana.
Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan
(seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui
penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan
manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar
tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai
haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai
"bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim.
Justeru,kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah
GAYA PEMAKANAN SIHAT
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga
kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya
adalah seperti:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi
boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan
seperti:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
terkumpul. Kita boleh melihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak
gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan
bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di
kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif manakala
Dalam ikan mengandungi ion negatif. jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air
liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
No comments:
Post a Comment