Monday, March 13, 2017

Kes Buang Bayi

Nama: Siti Nabilah Binti Lah Jaafar.
No.Siri:024


   Golongan belia sememangnya tidak dapat lari kepada gejala social yang berlaku dalam suasana persekitaran hari ini sama ada di dalam negeri ataupun di luar Negara. Gejala social dapat di klasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Biasanya jenayah ini bukan sahaja melibatkan remaja, dan dewasa manakala kanak-kanak juga terlibat dalam masalah kes-kes jenayah. Sebagai contohnya, pembuangan bayi, jenayah ragut, rasuah,bunuh diri, rogal, lari dari ruah dan sebagainya.

   Secara umumnya, masalah sosial telah merangkumi pelbagai perlakuan yang negatif dalam masyarakat. Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar mahupun televisyen sejak kebelakangan ini. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang berkait rapat dengan etika dan moral seseorang. Masalah sosial seperti melepak, lumba haram, vendalism, seks bebas, lari rumah, dan pembungan bayi bukanlah suatu isu yang baru tetapi jenayah ini semakin meningkat mengikut peredaran zaman yang serba moden hari ini. Gejala sosial yang melanda umat Islam pada masa kini amat membimbangkan kerana isu ini semakin menular dan hangat diperkatakan oleh semua masyarakat. Hal ini akan menjejaskan anak-anak bangsa yang diharapkan menjadi pewaris dan pemimpin negara pada masa akan datang. 

   Salah satu gejala yang pernah menggemparkan dan melanda Negara pada masa kini ialah kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah sosial yang serius ini telah membuatkan saya tertarik dalam memilih isu pembuangan bayi sebagai tajuk entri kali ini untuk membincangkan punca-punca terjadinya pembuangan bayi ini. Setiap hari ada sahaja laporan mengenai kes pembuangan bayi yang terpapar di media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Kes pembuangan bayi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di Negara Pada zaman teknologi moden masa kini, membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja yang berakal pendek untuk melarikan diri dari tanggungjawab apabila hamil tanpa pernikahan yang sah. Isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak agar masalah tersebut dapat ditangani dengan segera dan berkesan.

   Antara faktor utama kes pembuangan bayi ini berlaku adalah berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja hari ini. Para remaja yang tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna akan mudah terjebak dengan kegiatan maksiat. Kebanyakkan remaja yang tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan menyebabkan mereka lebih mementingkan keseronokkan dan mengikut hawa nafsu semata-mata demi kepuasan diri. Didikan agama yang kurang telah menyebabkan mereka tidak mempunyai haluan hidup yang betul sehingga sering terjebak dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas dan akhirnya berlaku penzinaan. Akibatnya, mereka sanggup mengambil tindakan yang salah di sisi agama seperti sanggup membuang bayi mereka yang tidak berdosa itu.
   Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Setiap remaja mesti mempunyai rakan sebaya yang merupakan individu yang paling rapat dan dekat dengan mereka. Hal ini menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan perlakuan dan ajakan daripada rakan sebaya mereka terutamanya apabila bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Pada usia muda, mereka suka mencuba sesuatu benda yang baru di luar batasan agama sebagai contoh pergi ke pusat hiburan, minum  arak, menghisap dadah sehingga melakukan seks rambang. Akhirnya, mereka menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila diri telah disahkan mengandung. Tambahan pula, si lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Akibat buntu dan terdesak, tanpa berfikir panjang mereka mengambil keputusan untuk membuang bayi mereka.
  
   Faktor ketiga ialah pengaruh percintaan. Fitrah manusia mempunyai perasaan cinta yakni ingin menyayang dan disayangi yang merupakan anugerah daripada Sang Pencipta. Namun, para remaja hari ini terlampau taksub dengan pasangan masing-masing sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyerahkan tubuh sebagai sebagai bukti cinta. Apabila merasakan diri mereka dilamun cinta mereka tidak dapat mengendalikan persahabatan yang sihat tetapi sebaliknya terlalu mengikut perintah rakan atau orang tersayang sehinggakan terjalinnya pergaulan bebas. Remaja lelaki amat mudah  memikat remaja perempuan dengan kata-kata manis dan indah sehingga membuatkan golongan wanita mudah mempercayai dan menyerahkan jiwa raga mereka. Apabila mendapati wanita tersebut hamil, golongan lelaki akan meninggalkan kekasihnya kerana tidak mahu bertanggungjawab dan mencari mangsa baru. Golongan perempuan yang cetek akal ini mengambil jalan singkat dengan membuang bayi tersebut demi menutup malu.
   Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini bukanlah suatu isu yang baru. hal ini perlu dipandang serius dan semua lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan penting masing-masing dalam membendung masalah ini. Oleh yang demikian, masalah pembuangan bayi ini telah banyak memberikan masalah kepada golongan remaja hari ini. Jika tidak dibendung dengan segera lebih ramai gadis remaja, belia, dan wanita di luar sana yang terjebak dengan masalah pembuangan bayi ini. Para remaja perempuan perlulah lebih menjaga maruah dan kehormatan diri demi menjaga kesucian diri agar diri mereka sentiasa di pandang tinggi oleh kaum adam.
“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia menikah. Kerana dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”
                                             
(HR. Bukhori-Muslim).


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *