DISEDIAKAN OLEH : HAELAH BINTI KORSENG
NO.SIRI : 074
NO.MATRIK : 14021245
10 May adalah Hari Ibu yang disambut di Malaysia.
Walaupun Islam hanya ada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sahaja yang
disambut oleh orang Islam di seluruh dunia, tidak ada hari-hari kebesaran yang
lain, namun jika sekiranya perlu mengadakan sambutan hari ibu untuk memberi
kesedaran kepada anak-anak yang mungkin makin hari makin melupakan hak-hak
seorang ibu yang perlu ditunaikan, maka baik juga kita mengambil kesempatan ini
untuk memberi peringatan kepada yang lalai khususnya kepada anak-anak yang
melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka.
Di antara perkara yang paling penting ialah kita perlu
mengetahui apakah hak-hak dua ibubapa? Supaya kita tidak melanggar hak-hak
tersebut yang boleh menyebabkan kita boleh dicap sebagai anak derhaka.
Di antara pesan
nabi s.a.w supaya anak-anak melakukan kebaikan kepada dua ibubapa ialah;
1- Reda Allah terletak kepada keradaan ibu bapa
Sabda nabi s.a.w “ Reda Allah terletak reda kedua
ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan kedua ibubapa”.
2- Berbuat baik kepada ibubapa mendahului berjihad di
jalan Allah s.w.t
Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu
bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa?
Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan
menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)
Ibu diberi sedikit kelebihan oleh Islam untuk lebih
diberi perhatian oleh anak-anak.
Imam Bukhari melaporkan dari Abu Hurairah r.a berkata;
“Datang seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w; “Ya
Rasulallah! siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya?
Jawab nabi s.a.w, “ibumu, dia bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab
nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya
lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi bapamu.
Ibnu Kathir melaporkan dalam tafsirnya dari Sulaiman
Bin Buraidah dari bapanya;
“Seorang lelaki
melakukan Tawaf sambil mendukung ibunya, lalu dia bertanya kepada nabi adakah
dia telah menunaikan hak ibunya? jawab nabi, “ tidak, tidak walaupun satu
kesakitan yang pernah ditanggung oleh ibumu sewaktu mengandungkanmu”.
Sebab Islam melebihkan ibu daripada bapa ialah:
1) Ibu mengandung, melahirkan, menyusukan, mengurus
keperluan anak dan mendidik anak lebih daripada bapa.
2) Ibu sebagai wanita, diberi perasaan lebih mengasihi
dan menyintai anak lebih daripada bapa, sebab itu anak-anak lebih manja dengan
ibu berbanding bapa mereka.
beberapa adab yang perlu diajar kepada anak-anak dan
dilakukan oleh mereka untuk menunaikan hak kepada ibu bapa mereka.
1- Taat dan patuh kepada setiap arahan ibubapa kecuali
perkara maksiat.
2- Bercakap dengan ibubapa secara lembut dan sopan.
3- Bangun menghormati ibubapa apabila mereka masuk ke
rumah.
4- Mencium tangan ibubapa pagi dan petang dan
hari-hari tertentu.
5- Menjaga maruah dan harta ibubapa.
6- Memuliakan dan memberi apa yang diminta oleh
ibubapa.
7- Bermesyuarat dalam segala urusan dengan ibubapa.
8- Memperbanyakkan doa dan istighfar untuk ibubapa.
9- Membantu ibubapa tanpa disuruh.
10- Tidak mengangkat suara yang tinggi di hadapan
mereka.
11- Tidak menyampuk ketika mereka sedang bercakap.
12- Tidak keluar dari rumah jika tidak diizinkan.
13- Tidak mengganggu ibubapa yang sedang tidur.
14- Tidak melebihkan isteri dan anak-anak daripada
ibubapa.
15- Tidak menghina ibubapa jika mereka melakukan
perkara yang kita tidak suka.
16- Tidak ketawa di hadapan mereka jika tidak ada
perkara yang perlu.
. 17- Tidak melunjurkan kaki di hadapan ibubapa.
18- Tidak boleh masuk dahulu dan berjalan di hadapan
mereka.
19- Segera menjawab apabila dipanggil oleh ibubapa.
20- Menghormati kawan-kawan ibubapa waktu mereka masih
hidup atau selepas kematian mereka.
21- Tidak memanggil ibubapa dengan nama mereka.
22- Tidak memanjat atau menaiki tempat yang melintasi
kepala mereka.
23- Sering berdoa kepada ibubapa lebih-lebih lagi
selepas kematian mereka. Mudah-mudahan adab-adab ini dapat diberi perhatian
oleh anak-anak, harap dapat menjaga adab-adab ini supaya kita tidak digelar
sebagai anak yang derhaka.Insyaallah jika pendidikan yang berterusan diberikan
kepada anak-anak, kita tidak perlu lagi kepada hari ibu, kerana setiap hari
perlu kita melakukan kebaikan kepada ibubapa dan insyaallah tidak ada lagi
anak-anak yang akan menghantar ibubapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat.
"Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya
bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
lain..
No comments:
Post a Comment