Nama : Muhammad
Fahmi Bin Mat Isa
Nom. matrik :
14021098
Nom. Siri
: 109
Artikel : 3
Islam diturunkan bagi menjaga
kemaslahatan manusia. Oleh itu berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh
Allah adalah bertujuan memelihara kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman
diyat dan ta’zir. Hukuman ini telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar
hukumannya berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w. Namun,
prinsip ini juga terdapat di dalam undang-undang ciptaan. Ianya dicipta bagi
menjamin keselamatan dan keadilan kepada manusia. Undang-undang ini bukanlah
seperti undang-undang ciptaan yang lain yang mana mempunyai aktanya sendiri .
PENGERTIAN
DIYAT
. Diat
ialah hukuman penggantian yang utama bagi hukuman qisas jika gugur hukuman
qisas dengan sebab-sebab yang menggugurkannya ataupun jika pesalah dimaafkan
oleh mangsa atau waris (Abdul Qadir 'Audah). Menurut Ahmad Fathi Bahansi
(1983), mentakrifkan diyat dari segi syarak ialah nama bagi harta yang
digantikan dengan jiwa atau cedera. Menurut Mahmood Ahmad Rasyid (2006),
mengatakan bahawa diyat ialah harta yang wajib disebabkan jenayah dan
dilaksanakan oleh penjenayah.
Maksud diyat ialah
sejumlah harta tertentu sebagai satu hukuman jenayah terhadap pesalah jenayah
yang dibayar kepada mangsa kerana kesalahan membunuh seakan-akan sengaja atau
tersalah dan terhadap kesalahan mencederakan dengan tersalah (Hashim Mehat).
DALIL PENSYARIATAN DIYAT
Maksudnya :
"Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh
seorang mukmin (yang lain), kecuali kerana tersalah (tidak sengaja), dan
barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah (hendaklah) ia memerdekakan
seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada
keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh)
bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai)
antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang
diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya
yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si
pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat daripada
Allah. Dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana".
(Surah al-Baqarah: 92)
JENAYAH YANG DIKENAKAN DIYAT
Menurut Yunus Abdul Qawi Said
Syafi’ie (2003), mengatakan bahawa jenayah diyat dan qisas terbahagi kepada
lima bahagian:
1. membunuh dengan sengaja
2. membunuh seakan-akan sengaja
3. membunuh dengan tidak sengaja
4. jenayah mencederakan dengan sengaja
5.
jenayah mencederakan dengan tidak sengaja
KAEDAH
BAYARAN
Satu persoalan lain ialah jenis harta yang
boleh dijadikan asas kepada bayaran tersebut. Mengikut majoriti para fuqaha,
termasuk para fuqaha mazhab Shafii, ia mesti dalam bentuk unta. Pandangan ini
berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang hukuman
berkenaan secara jelas dan terperinci. Persoalannya, dalam sebuah negara
seperti Malaysia sekarang dari mana unta-unta itu mungkin diperolehi? Selain
itu, berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan jumlah
seperti mana yang tersebut dalam hadis Rasulullah SAW yang memperkatakan
tentang diyat?
Dalam keadaan seperti ini para fuqaha
berkenaan berpendapat ia boleh digantikan dengan harganya.Bagaimanapun satu
pendapat lain mengatakan unta bukan menjadi asas paling utama kepada bayaran
berkenaan. Bagi mereka, ia sekadar salah satu dari tiga perkara asas. Dua lagi
ialah wang emas (dinar) dan wang perak (dirham). Maksudnya, diyat boleh dibayar
dalam bentuk salah satu daripada tiga harta utama berkenaan tanpa terikat kepada
unta. Asas kepada pandangan mereka ini ialah athar daripada Umar RA yang
menyebut ketiga- tiganya boleh menjadi asas kepada pembayaran berkenaan.
Antara alasan lain yang mereka berikan
ialah wang emas dan wang perak adalah bernilai tetap dan tidak berubah sama
seperti unta. Malah mengikut pendapat lain lagi, diyat boleh dibayar dalam
bentuk salah satu daripada enam jenis harta iatu unta, emas, perak, lembu,
kambing dan pakaian.Pendapat ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW yang
menyebut Baginda pernah memutuskan diyat perlu dibayar dalam bentuk-bentuk
harta berkenaan sesuai dengan pemilikan masing-masing. Maksudnya, ia boleh
dibayar dengan apa saja yang termasuk dalam takrif harta pada waktu itu. Kepelbagaian
pendapat ini menggambarkan bahawa ketentuan jenis harta yang boleh dijadikan
sebagai asas kepada pembayaran diyat itu bukan berdasarkan kepada hadis
Rasulullah SAW yang menyebut secara jelas. Sebaliknya terdapat hadis-hadis yang
menjelaskan berbagai cara bayaran mengikut keadaan. Dalam mentafsirkan kehendak
hadis-hadis berkenaan para ulama berbeza pendapat. Hal ini membuka jalan kepada
para ilmuan Islam zaman ini mentafsirkan kembali hadis-hadis berkenaan
berdasarkan realiti semasa dan setempat yang kita hayati sekarang.
Huraian
– huraian diatas adalah keterangan secara ringkas mengenai DIYAT dalam islam
yang mana telah disyariatkan kepada umat islam, dengan itu sebagai seorang
muslim kita haruslah berusaha menjalankan hukum-hukum yang telah diperintahkan
Allah walaupun zaman kian moden dari semasa ke semsa ini kerana segara perintah
Allah dan ap yang telah disyariat ke pada umat islam tidak akan hilang ditelan
zaman dan ianya tetap perlu dilakukan..
Pembetulan dalil diyat....
ReplyDeleteSurah an nisa ayat 92.....
Bukan surah al baqarah a: 92