Monday, March 13, 2017

DIYAT DALAM ISLAM

Nama : Muhammad Fahmi Bin Mat Isa    
Nom. matrik : 14021098
Nom. Siri :  109
Artikel : 3

      Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman diyat dan ta’zir. Hukuman ini telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar hukumannya berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w. Namun, prinsip ini juga terdapat di dalam undang-undang ciptaan. Ianya dicipta bagi menjamin keselamatan dan keadilan kepada manusia. Undang-undang ini bukanlah seperti undang-undang ciptaan yang lain yang mana mempunyai aktanya sendiri .

PENGERTIAN DIYAT
.   Diat ialah hukuman penggantian yang utama bagi hukuman qisas jika gugur hukuman qisas dengan sebab-sebab yang menggugurkannya ataupun jika pesalah dimaafkan oleh mangsa atau waris (Abdul Qadir 'Audah). Menurut Ahmad Fathi Bahansi (1983), mentakrifkan diyat dari segi syarak ialah nama bagi harta yang digantikan dengan jiwa atau cedera. Menurut Mahmood Ahmad Rasyid (2006), mengatakan bahawa diyat ialah harta yang wajib disebabkan jenayah dan dilaksanakan oleh penjenayah.
     Maksud diyat ialah sejumlah harta tertentu sebagai satu hukuman jenayah terhadap pesalah jenayah yang dibayar kepada mangsa kerana kesalahan membunuh seakan-akan sengaja atau tersalah dan terhadap kesalahan mencederakan dengan tersalah (Hashim Mehat).

 DALIL PENSYARIATAN DIYAT
Maksudnya :
"Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali kerana tersalah (tidak sengaja), dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat daripada Allah. Dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana".
(Surah al-Baqarah: 92)
JENAYAH YANG DIKENAKAN DIYAT
    Menurut Yunus Abdul Qawi Said Syafi’ie (2003), mengatakan bahawa jenayah diyat dan qisas terbahagi kepada lima bahagian:
    1. membunuh dengan sengaja
    2. membunuh seakan-akan sengaja
    3. membunuh dengan tidak sengaja
    4. jenayah mencederakan dengan sengaja
    5. jenayah mencederakan dengan tidak sengaja

KAEDAH BAYARAN
       Satu persoalan lain ialah jenis harta yang boleh dijadikan asas kepada bayaran tersebut. Mengikut majoriti para fuqaha, termasuk para fuqaha mazhab Shafii, ia mesti dalam bentuk unta. Pandangan ini berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang hukuman berkenaan secara jelas dan terperinci. Persoalannya, dalam sebuah negara seperti Malaysia sekarang dari mana unta-unta itu mungkin diperolehi? Selain itu, berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan jumlah seperti mana yang tersebut dalam hadis Rasulullah SAW yang memperkatakan tentang diyat?
      Dalam keadaan seperti ini para fuqaha berkenaan berpendapat ia boleh digantikan dengan harganya.Bagaimanapun satu pendapat lain mengatakan unta bukan menjadi asas paling utama kepada bayaran berkenaan. Bagi mereka, ia sekadar salah satu dari tiga perkara asas. Dua lagi ialah wang emas (dinar) dan wang perak (dirham). Maksudnya, diyat boleh dibayar dalam bentuk salah satu daripada tiga harta utama berkenaan tanpa terikat kepada unta. Asas kepada pandangan mereka ini ialah athar daripada Umar RA yang menyebut ketiga- tiganya boleh menjadi asas kepada pembayaran berkenaan.
        Antara alasan lain yang mereka berikan ialah wang emas dan wang perak adalah bernilai tetap dan tidak berubah sama seperti unta. Malah mengikut pendapat lain lagi, diyat boleh dibayar dalam bentuk salah satu daripada enam jenis harta iatu unta, emas, perak, lembu, kambing dan pakaian.Pendapat ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW yang menyebut Baginda pernah memutuskan diyat perlu dibayar dalam bentuk-bentuk harta berkenaan sesuai dengan pemilikan masing-masing. Maksudnya, ia boleh dibayar dengan apa saja yang termasuk dalam takrif harta pada waktu itu. Kepelbagaian pendapat ini menggambarkan bahawa ketentuan jenis harta yang boleh dijadikan sebagai asas kepada pembayaran diyat itu bukan berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang menyebut secara jelas. Sebaliknya terdapat hadis-hadis yang menjelaskan berbagai cara bayaran mengikut keadaan. Dalam mentafsirkan kehendak hadis-hadis berkenaan para ulama berbeza pendapat. Hal ini membuka jalan kepada para ilmuan Islam zaman ini mentafsirkan kembali hadis-hadis berkenaan berdasarkan realiti semasa dan setempat yang kita hayati sekarang.


     Huraian – huraian diatas adalah keterangan secara ringkas mengenai DIYAT dalam islam yang mana telah disyariatkan kepada umat islam, dengan itu sebagai seorang muslim kita haruslah berusaha menjalankan hukum-hukum yang telah diperintahkan Allah walaupun zaman kian moden dari semasa ke semsa ini kerana segara perintah Allah dan ap yang telah disyariat ke pada umat islam tidak akan hilang ditelan zaman dan ianya tetap perlu dilakukan..

1 comment:

  1. Pembetulan dalil diyat....
    Surah an nisa ayat 92.....
    Bukan surah al baqarah a: 92

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *