Monday, March 13, 2017

Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nashid?

NAMA: ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD
NO SIR: 111 

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih.Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya tertanaya peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari  kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)

Berubah Menjadi Aurat
Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?
Inilah perbincangan saya.
Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.
Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka secara umumnya .
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat .
2) Wanita dan azan
Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.
Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini.
Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki .
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'.
Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.
Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *