Monday, March 13, 2017

Kedudukan Ilmu dan Ilmuan

Ditulis oleh: Nik Nur Aisyah Bt Nik Ibrahim
No.  Matrik: 14021224
No.  Siri: 082

    Allah Taala mengangkat martabat mereka yang berilmu pengetahuan dan meletakkan mereka ke satu tahap yang amat tinggi dan tidak diatasi oleh mana-mana makhluk ciptaan Allah Taala yang lain. Hal ini dijelaskan dalam (Surah al-Mujadalah 58:11) .

     Imam al-Ghazali dan Ibn Maskawaih menjelaskan bahawa ilmu itu merupakan santapan akal dan jiwa. Jika seseorang itu menguasai ilmu pengetahuan, mengamalkannya, nescaya rohaninya akan meningkat kekuatannya dan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.
     Ilmu adalah penting dalam usaha kita mengenal dan meyakini akan Allah Taala. Mempercayai Allah Taala tanpa ilmu pengetahuan adalah tidak mencukupi kerana orang yang berilmu adalah mereka yang berusaha untuk lebih memahami agama Allah, sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah al-Mujadalah ayat 11.

     Orang yang berilmu akan diberikan ganjaran syurga. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang bermusafir untuk menuntut ilmu,  Allah akan memudahkan jalan untuknya ke Syurga”. Imam al-Syafie pula pernah berkata bahawa, “Menuntut ilmu adalah lebih baik daripada sembahyang sunat” .
        Ilmu juga memberi roh kepada kehidupan seseorang itu.Ilmu adalah seperti satu kuasa yang boleh menghidupkan manusia untuk meneruskan tamadun kehidupan. Jika dilihat daripada sejarah tamadun manusia, bangsa yang menjadi berkuasa di dunia ini adalah kerana ilmu pengetahuan. Fungsi makanan sebagai sumber untuk menyambungkan kehidupan boleh disamakan dengan itu untuk terus hidup dan beramal. Seseorang itu adalah dikira sakit apabila dia kekurangan ilmu dan jiwanya apabila kosong daripada ilmu pengetahuan. Ilmu dan amal adalah sumber utama untuk hidup sama seperti makanan dan minuman untuk keperluan badan. Jiwa yang kosong daripada ilmu adalah jiwa yang sakit dan lama-kelamaan akan mati.

    Ilmu juga berperanan sebagai bekalan kepada manusia dalam menjalankan tugasnya sebagai pendakwah dalam menyebarkan dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ilmu bukan sahaja untuk dituntut dan dipelajari, tetapi ilmu perlu disebarkan dan disampaikan. Oleh itu, setiap umat Islam bertanggungjawab dalam menyampaikan apa yang diketahuinya kepada insan lain supaya terhasilnya perkongsian maklumat itu. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat” . Dari sini menunjukkan galakan Rasulullah S.A W kepada umatnya supaya menuntut ilmu di samping menekankan tentang kewajipan berdakwah. Seseorang yang ingin menuntut ilmu juga mestilah benar-benar ikhlas dalam usahanya kerana ilmu yang berharga ialah ilmu yang dicapai untuk kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *