Monday, March 13, 2017

Isu Rasuah Berleluasa

Ditulis oleh : Nik Nur Aisyah Bt Nik Ibrahim
No. Matrik :14021224
No. Siri : 082

    Rasuah boleh ditakrifkan dalam banyak pengertian. Ia boleh membawa erti suatu bentuk pemberian secara haram di luar daripada upah yang sebenar. Selain itu, ia juga beerti suatu bentuk pemberian tambahan sebagai satu dorongan untuk melakukan sesuatu tugas atau kerja yang sepatutnya dilakukan oleh si pembuat itu tanpa upah luaran, kerana pada hakikatnya ia telah pun ditugaskan untuk melakukan tanggungjawab tersebut, untuk itu, ia diberikan bayaran tetap setiap bulan yang dinamakan gaji.

       Rasuah juga boleh diadakan dalam bentuk barangan seperti wang, barang-barang makanan, barang-barang pakaian, dan juga dalam bentuk pemberian pingat serta lain-lain. Ia juga boleh berlaku dalam melakukan sesuatu tugas harian, misalnya rasuah yang sering berlaku dalam bentuk perkhidmatan, misalnya membenarkan perkara yang salah, memberi jaminan kepada perkara yang tidak sepatutnya dijamin dan lain-lain.

        Rasuah adalah suatu penyakit masyarakat, yang boleh mengancam negara serta boleh menggugat kestabilan sesebuah kerajaan. Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk manakala amalan rasuah bukan suatu perkara baru. Rasulullah SAW sendiri pernah cuba dirasuahkan oleh orang kafir Quraisy iaitu ditawarkan pangkat, harta, dan wanita agar baginda melakukan kezaliman tetapi Nabi SAW menolak.

       Al-Quran surah al-Baqarah ayat 188, Allah Taala menjelaskan maksud rasuah, iaitu memberi sesuatu kepada hakim (pemerintah) agar ia diperoleh sebahagian daripada sesuatu harta itu melalui jalan batil (haram) yang sepatutnya diperolehi oleh orang lain atau kepunyaan orang lain.
       Inilah salah satu daripada etika perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Islam ke atas pegawai yang diamanahkan oleh pemerintah. Pegawai-pegawai yang dilantik itu sekiranya tidak mengendalikan tugas yang diamanahkan dengan jujur, adalah dianggap telah “curang” atau rasuah.
       Perbuatan demikian dianggap oleh Allah Taala sebagai memakan harta dengan cara yang batil atau jalan yang salah, dan dianggap oleh Nabi Muhammad SAW sebagai suatu penipuan. Allah Taala berfirman, maksudnya :

            “Janganlah kamu memakan harta antara kamu dengan cara yang batil.“ (Surah al-Baqarah 2 :88) “

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *