Nama: Siti
Nabilah Binti Lah Jaafar.
No.Siri: 024
Gejala
pemesongan akidah perlu dilihat dalam aspek yang lebih luas, bukan hanya
tindakan luaran pihak bukan Islam terhadap orang Islam.
Antara
perkara yang boleh menyebabkan akidah seseorang Islam itu terpesong dan
terbatal ialah:
1.
Apabila secara nyata atau tidak nyata, menolak dengan berbagai alasan bahawa
hukum Allah yang terkandung di dalam al-Quran tidak boleh dilaksanakan pada
masa sekarang.
Perlu
diingat bahawa wahyu al-Quran adalah benar, tidak boleh diubah, dipinda
ditafsir dengan akal semata-mata. Semua ketetapan wahyu adalah benar. Penafian
terhadap kebenaran wahyu al-Quran sama seperti menafikan Hak Allah sebagai
Tuhan yang Esa layak disembah, ditaati dan dipatuhi.
2.
Menjunjung, berikrar, mendakwa bahawa undang-undang ciptaan manusia yang ada
pada hari ini adalah yang paling sesuai diamal dan dilaksanakan. Pengakuan
sebegini sekaligus membawa erti menafikan hak Allah sebagai Tuhan yang Maha
Pencipta yang mencipta makhluk khususnya manusia yang berperanan sebagai hamba.
Tugas utama hamba ialah mentaati, mematuhi segala perintah tuannya iaitu Allah.
3.
Mengamal, merelakan, bersubhat dengan perlakuan dosa-dosa besar seperti judi,
arak, zina, rasuah, membunuh dan sebagainya.
Kelulusan
berbagai jenis lesen judi dan arak oleh pihak kerajaan tanpa syarat dan kawalan
terhadap orang Islam secara berleluasa secara lansung mejerumus kepada pelanggaran Hak Allah yang telah
mengharamkan semua perbuatan tersebut. Melakukannya beerti melanggar ketetapan
Allah yang secara jelas menyebabkan akidah akan terpesong.
4.
Mempercayai perkara-perkara selain Allah akan memberi kebaikan dan keburukan
kepada seseorang. Amalan ilmu mistik perbomohan, kebal dan sebagainya yang
melibatkan penggunaan Jin Syaitan secara jelas menafikan kekuasaan Allah
terhadap makhluk ciptaanNya. Rosak akidah.
5.
Percaya perkara khurafat seperti tafsir mimpi, tafsir hari dan tarikh
kelahiran, tafsir raut wajah, tafsir urat tangan adalah termasuk dalam
perbuatan mendahulukan Qada Qadar.
Secara
jelasnya perbuatan seperti ini beerti menafikan salah satu dari rukun Iman.
Matematik akidah sangat mudah, 6 - 1 = 0 dan 5 - 1 = 0. 0 ertinya terbatal
akidah tanpa bantuan gereja.
6.
Selain itu amalan khurafat menepung tawar tiang seri rumah baru, kereta baru dan
sebagainya diselit dengan doa selamat dan perasapan kemiyan konon memohon
keselamatan dan kesejahteraan terhadap pemiliknya adalah amalan mempermainkan
kekuasaan Allah, Qada dan Qadar Allah.
Amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, amalan yang
merosakkan akidah.
Kenapa
Umat Melayu Islam di negara kita hari ini sangat sensitif apabila ada pihak
luar bukan Islam cuba merosakkan akidah umat Islam?
tetapi
tidak pernah sensitif malah mempertahankan sesetengah amalan yang terang dan
nyata boleh menyebabkan akidah Islam itu terpesong malah terkeluar dari ajaran
Islam yang sebenar. berbagai alasan direka dan diguna pakai untuk merelakan
amalan-amalan dan perbuatan tersebut tanpa ada perasaan bersalah,tanpa terikat
dengan kenyataan ilmiah dan hukum fekah, malah dengan sengaja melanggar dan
menyokong perkara mungkar tersebut, dan tanpa segan silu,tanpa rasa jijik malah
dengan gembira meraung memekik " take beer" sebagai ganti kepada
perkataan takbir.
Tidakkah laungan "take beer" dan
takbir itu amat jauh maknanya? Tidakkah mereka sedar bahawa laungan "take
beer" itu adalah laungan "murtad" yang menafikan hukum haram
arak?
tidak kah mereka sedar bahawa laungan
"takbir" itu sebagai laungan membesarkan Allah?
tidakkah mereka sedar dengan menggantikan
takbir kepada "take beer" itu telah menghina laungan kebesaran Allah
yang membawa maksud menghina Allah sebagai Tuhan Melayu Islam?
Tidak pernah ada pihak kristian mahupun
Yahudi yang menyuruh mereka merosakkan akidah mereka sendiri, memurtadkan diri
mereka sendiri, laungan dengan kerelaan hati menghina sifat Allah
al-Mutakkabbir untuk secara jelas, nyata dan terang telah membatalkan iman diri
sendiri tanpa bantuan "gereja".
Teringat satu petikan tafsiran hadis
Rasulullah S.A.W :"di akhir zaman nanti, umat Islam itu ramai
seperti buih yang terapung di lautan, ke mana di bawa ombak ke situ lah dia
pergi, mereka tidak mempunyai ikatan yang teguh terhadap akidah, mereka mudah
lalai dengan permainan dunia, mereka mengamalkan sikap penting diri sendiri,
mereka lalai mengamalkan perintah Allah dan akhirnya mereka sendiri yang
membina kebinasaan ke atas kaum mereka sendiri, bukannya orang lain "
dalam satu petikan ayat al-Quran,
tafsirannya berbunyi : "Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
perlu diiingat bahawa perkataan
"mereka sendiri yang mengubahnya" boleh juga diberi tafsiran mengubah
ke arah kebaikan dan keimanan atau mengubah kepada kerosakan dan kebinasaan.
"Apabila kamu bertelagah terhadap
sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah"
Adakah Melayu Islam hari ini membaca dan
menafsir ayat ini ? amat malanglah manusia Melayu Islam jika al-Quran
dipinggirkan.
Adakah Raja-Raja Melayu Islam sebagai Ketua
Agama Islam mengamal ajaran Islam ? amat malanglah Melayu Islam apabila kuasa
agama diberi kepada bukan ahlinya.....
wal i'yazubillahi min
zaalik.....wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment