Monday, March 13, 2017

ZIKIR DAN FADILAT NYA

DITULIS OLEH
NAMA PENUH : NOOR SA’ADAH BINTI OMAR
NO SIRI : 018
NO MATRIK : 14021123

                Sudah menjadi ketentuan manusia berhadapan dengan ranjau-ranjau kehidupan apatah lagi kita sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Melaksanakan perintah Allah SWT dalam diri dan keluarga tidaklah sepayah melaksanakan dalam masyarakat dan negara.

Diri dan keluarga kita mudah untuk dididik dan dipimpin kerana mereka di bawah tanggungjawab seorang ketua rumah tangga tetapi apabila kita melaksanakan perkara yang sama dalam masyarakat dan sebuah negara tentulah banyak tentangan dan cabaran. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat yang tidak terdidik menuju jalan Allah lebih-lebih lagi menghadapi rintangan yang cukup besar.

Oleh itu, kita hendaklah berzikir kepada Allah SWT. Berzikir memohon kepada Allah segala kebaikan dan kesenangan. Zikir itu sendiri bermaksud ingat. Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-’Araaf [007], ayat 205)


Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir ‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah ‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang masyhur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Selain itu, fadhilat zikir ialah hati kita akan menjadi tenteram. Ini berpandukan ayat Allah dari surah Ar-Ra’du ayat 28 yang bermaksud : “ Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingat lah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram”.
Pada salah satu hadis Nabi S.A.W bersabda : “ Tidak duduk satu jemaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempa itu) telah dikelilingi malaikat-malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati”.  (Hadis Riwayat Muslim). Perlu diketahui pula bahawa seseorang yang tidak pernah berzikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Alah telah berfirman dalam al-Quran surah al-Araaf ayat 204 yang bermaksud : “ Barangsiapa yang berpaling akan zikir kepada Allah maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya”.
Dengan demikian betapa hikmah daripada zikir ini, di samping mendapat pahala dari Allah, juga bagi yang membacanya hatinya akan merasa tenteram penuh sakinah (ketenangan) dalam kehidupannya, mendapat redha Allah, membahagiakan jiwa, membuatkan syaitan kecewa dan menghilangkan kesedihan. Petikan dari buku “Hajat Untuk Rawatan, Pelindung Dan Doa” Oleh Ustaz Muhd Abd Ghani.   

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *