Monday, March 13, 2017

ISLAM DAN CABARAN SEMASA


Disediakan oleh: Muhammad Syarafi Bin Shokri (14021191)
No.siri: 102

Dalam Islam kita diperintahkan menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada berlakunya sebarang kerosakan sama ada yang berbentuk fizikal mahupun spiritual. Oleh itu, Islam menggariskan beberapa perkara penting yang wajib dijaga. Antaranya adalah, menjaga agama daripada perkara yang merosakkan akidah dan mempertahankan agama dari musuh-musuh Islam. Selain itu kita dituntut menjaga nyawa dan keselamatan tubuh dari pelbagai perkara yang merosakkan diri dan kesihatan tubuh, serta keturunan mahupun harta benda daripada diceroboh dan dari terlibat gejala sosial yang meruntuhkan moral dan akhlak.

Dewasa ini, manusia semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan kemajuan duniawi. Dalam masa itu, kita hampir terlupa pembangunan rohaniah yang seharusnya seiring dengan kemajuan duniawi. Maka, tidak hairanlah, ramai umat Islam kini yang hanyut dengan arus pemodenan itu. Malah, kebanyakan masalah sosial kini diterajui oleh sebilangan besar umat Islam.
Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing sekarang. Pelbagai kejadian yang amat merungsingkan berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang didedahkan di dalam akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan generasi muda dan remaja, malah turut terpalit dalam golongan dewasa. Keruntuhan akhlak semakin hari kelihatan semakin membesar dan serius. Kita akan membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-punca yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah ini.

Pelbagai gejala sosial yang berlaku kini sehingga sukar untuk dibendung, adakah ini disebabkan ibu bapa atau masyarakat yang tidak ambil peduli dengan tingkah laku anak-anak muda sekarang.
Boleh dikatakan 80% pendidikan dan pembentukan anak-anak bermua dari rumah iaitu dengan didikan ibu bapa, tapi apa yang kita lihat dewasa ini ibu bapa sibuk dengan mengejar urusan dunia sehingga menyebabkan tanggungjawab terabai. Ibu bapa adalah acuan bagi pembentukan anak-anak, ini jelas diterangkan dalam dalam sabda nabi SAW yang bermaksud: "Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." (Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim).

Gejala sosial yang berlaku sekarang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Secara tidak sedar keruntuhan akhlak dalam kalangan kini juga disebabkan perkembangan teknologi dan media massa yang terlalu banyak unsur-unsur hasutan ke arah kejahatan. Pelbagai gejala sosial dikalangan anak muda antara yang sering berlaku ialah gejala rempit, dadah, rogol, pembuangan bayi dan sebagainya.
Inilah cabaran yang kita hadapi kini, dengan pelbagai gejala dan keruntuhan akhlak dikalangan anak muda dan dewasa. Hiduplah dengan cara Islam yang sebenar dan contohi akhlak nabi serta jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.
"Jiwa yang tenang datang dari hati yang bersih"

Rujukan: Al-Quran,Al-Hadith dan buku pengajian Islam (mpw).

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *