Monday, March 13, 2017

Akidah yang Bercanggah dengan Islam

Pok jak

ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah agama yang terakhir, lengkap, terjamin dan universal. Ia mempunyai daya untuk membimbing, membina dan melahirkan peribadi-peribadi dan generasi contoh sampai kiamat. Ia juga mempunyai kemampuan dan kekuatan rahsia untuk mempertahankan dirinya daripada segala bentuk serangan dan ancaman. Sejarah menyaksikan bahawa setiap fahaman dan fitnah yang telah cuba bersemuka dengan Islam pasti menerima kegagalan dan kekalahan.

Kemampuan dan kekuatan Islam yang luar biasa itu sangat menyakitkan hati musuh-musuh Islam kerana itu sejak zaman permulaan Islam sampai ke hari ini mereka tidak henti-henti merancang dan menyusun fitnah yang boleh memecah-belahkan umat Islam dengan mencipta ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang berbagai-bagai untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam. Mereka sedar bahawa selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, mereka akan bersatu padu dan menjadi benteng kukuh untuk memelihara Islam sehingga tidak mungkin akan ada satu pun kuasa yang dapat merobohkannya.

Ketika wilayah-wilayah dari dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi satu demi satu jatuh ke tangan Islam dan tidak mampu bertahan lagi, apatah akan melawannya dengan kekuatan senjata, ketika itu musuh-musuh Islam bermuafakat untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan menggugatkannya dari dalam. Sasaran mereka ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam yang belum lagi diresapi betul-betul oleh ajaran Islam dan masih belum terhapus dari jiwa mereka saki baki ajaran agama mereka yang lalu. Melalui taktik-taktik ini mereka telah berjaya dan kejayaannya terbukti jelas dengan syahidnya Khalifah Islam yang ketiga Saidina Uthman bin Affan r.a.

Gerakan musuh Islam atas nama Islam yang pertama ini dikenali di dalam sejarah Islam dengan ‘Gerakan Abdullah bin Saba’ dan rakan-rakannya’. Gerakan ini telah meletakkan batu-batu asas ajaran dan fahamannya yang kemudiannya dibinakan di atas asas-asas itu sebuah bangunan kukuh bernama “Syiah Rafidhah”.


Taktik yang sama telah digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman-zaman kemudiannya dengan berbagai-bagai nama seperti Babiah, Bahaiah, Qadiani, Batiniah, Ingkar Sunnah dan lain-lain, tetapi gerakan-gerakan yang lain selain Syiah tidak dapat bertahan lama kerana asas-asasnya tidak begitu kukuh dan mereka pula tidak seperti Syiah yang mengamalkan prinsip taqiyyah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *