Monday, March 13, 2017

SYUKUR DAN SABAR

NAMA: NOR AMIRAH BINTI MAT NOOR
NO.SIRI: 03
“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
( Al-ankabut: 2)

‘bumi mana yang tidak ditimpa hujan’ ungkapan ini sesuai dengan kehidupan seharian kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ciptaanNya ini. Manusia mana yang tidak ditimpa ujian tidak kira kecil mahupun besar, sesetengah orang ujiannya kemiskinan, sesetengah diuji dengan badan yang tidak sihat walau harta melimpah ruah malah ada yang diuji dengan kehilangan kegagalan dan sebagainya. Terlampau banyak jenis ujian yang diturunkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya semata-mata untuk menguji setabah manadan sejauh mana pengharapan kita kepada Allah swt.

Ujian itu tandanya kasih sayang dan perhatian Allah buat hambaNya. Allah swt tidak akan membiarkan hamba-hamba yang disyangiNya hidup tanpa ujian dariNya bahkan Rasul junjungan mulia kita adalah manusia yang menerima ujian yang paling berat dari Allah swt sedangkan beliau adalah orang yang maksum malah paling dikasihi oleh Allah. Semasa usianya masih kecil beliau diuji dengan kehilangan ahli keluarganya yang terdekat apabila beliau dilantik menjadi rasul dakwahnya ditentang oleh kaum kerabatnya sendiri bahkan beliau dihina dan dimaki kerana menyampaikan dakwah beliau dan banyak lagi ujian yang Allah turunkan kepada Nabi Muhd SAW. Tetapi hal itu bukan kerana Allah membencinya tetapi tanda kasih sayangnya kepada beliau kerana sesudah kesukaran itu pasti akan adanya kesenangan. Allah swt berfirman dalam surah Al-insyirah ayat 5-6:
5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6.(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Sebagai ummat islam yang berdiri diatas kepercayaan kepada qada dan qadar (takdir) daripada ilahi haruslah kita yakin bahawa setiap ujian yang dtimpakan keatas kita dalah ketentuan dari Yang Maha Esa, sesungguhnya Dia maha mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui. Bahkan allah berfirman dalam surah al-imran ayat 54:
54. dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya.
Ayat ini menjelaskan bahawa atas semua perancangan yang telah kita lakukan jelaslah kita memang tidak berkemampuan untuk melampaui batas perancangan Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha bijaksana esuai dengan Nama-namaNya yang indah. Oleh kerana itu kita harus yakin bahawa setiap ujian yang diturunkan ini adalah satu ketentuan dan rahmat dari Allah. 

Allah menguji hambanya bukan untuk menyiksa hamba-hambanya tetapi ingin menguji sekuat mana dan setabah mana hambanya mampu bersabar dan bersyukur dia atas setiap ketentuaNya. Jadi disebalik ujian itu haruslah kita sabar dan redha atas segala ujian. Rasulullah SAW pernah bersabda: sesungguhnya apabila Allah taala itu mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela(redha) menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan dari Allah.(hadis riwayat tarmidzi). Jelaslah bahawa setiap ujian itu datngnya bukan untuk merosakkan kehidupan kita bahkan memperjelaskan bahawa besarnya cinta Allah kepada hambaNya. Redhalah diatas setiap ujian kerana disitu terzahirnya tingginya darjat iman dan taqwa seseorang hamba di mata tuhannya.

Peribahasa melayu ada menyebut “berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” begitu juga dengan ujian yang ditimpakan Allah ke atas kita. Memeng pada awalnya akan tersa sukar tapi disebalik semua itu ada hikmah yang tak dapt kita selindungkan. Mungkin kita diuji dengan kemiskinan tapi kita dilimpahi dengan kasih sayang dan kesihatan tubuh badan, barangkali kita diuji dengan kekurangan masa dan kasih sayng tapi kita dilimpahkan dengan harta dan pangkat. Sesungguhnya Allah itu tidak membebankan hambaNya melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Sesuai dengan firman Allah didalam surah Al-baqarah
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya
Sebagai kesimpulan, ujian yang datang itu adalah tanda cinta allah kepada hamba yang dikasihiNya. Bersyukur dan bersabar lah kamu semua dengan ujian itu kerana di akhirt nanti Allah menjanjikan ganjaran yang amat besar bagi mereka yang sabar dan syukur diatas ujian yang diberikan oleh Allah kepada hambanNya didunia ini. Bersabarlah dengan semampumu kerana ujian ini hanya didunia. Didunia ini tempat untuk kita semua bersusah-susah dan lelah mengejar cinta ilahi kerana diakhirat nanti Allah menjanjikan syurga Firdausi. Sesungguhnya nikmat dan kesenangan didunia tidak akan kekal lama. Akhirat jua yang 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *