Monday, March 13, 2017

MULAKAN DENGAN NIAT


Disediakan Oleh: Muhammad Syarafi Bin Shokri (14021191)
No.Siri: 102

Setiap amal perbuatan yang dikerjakan setiap hari adalah dimulakan dengan niat, jika niat itu baik maka baiklah setiap amal perbuatan kita, jika niat itu buruk maka buruklah jua hasilnya.
Dalam setiap perbuatan seharian, niatlah dalam hati bahawa pekerjaan yang baik ini dijalankan kerana keikhlasan hati terhadap Allah dalam mengharapkan ganjaran syurga. Dan sesungguhnya niat yang baik itu dapat menghasilkan keberkatan dalam hidup.

Dari Abu Yazid Maan bin Yazid bin Al Akhnas radhiyallahu anhum, -ia, ayah dan datuknya termasuk sahabat Nabi shallallahu alaihi wa sallam-, di mana Maan berkata bahawa ayahnya yaitu Yazid pernah mengeluarkan beberapa dinar untuk niat sedekah. Ayahnya meletakkan wang tersebut di sisi seseorang yang ada di masjid (maksudnya: ayahnya mewakilkan sedekah tadi para orang yang ada di masjid, -pen). Terus Maan pun mengambil wang tadi, lalu ia menemui ayahnya dengan membawa wang dinar tersebut. Kemudian ayah Maan (Yazid) berkata, Sedekah itu sebenarnya bukan kutujukan padamu. Maan pun mengadukan masalah tersebut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Lalu beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda, yang bermaksud;
Engkau dapati apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Sedangkan, wahai Maan, engkau boleh mengambil apa yang engkau dapati. (HR. Bukhari no. 1422).

"Luruskan niat, pasti ada keberkatan"

Rujukan: Al-Hadith Nabawwi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *