Monday, March 13, 2017

KONSEP JIHAD DALAM ISLAM


Disediakan Oleh: Muhammad Syarafi Bin Shokri (14021191)
No.Siri: 102

kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ia(lah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia(baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia(buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah: 216)
Jihad mempunyai keutamaan yang besar dalam Islam dan mencakupi seluruh kehidupan. Sebagai muslim kita dituntut untuk berjihad dalam apa jua cara yang sesuai dengan syariat islam.
Pengertian jihad; dalam Bahasa Arab, jihad (جهاد) berasal daripada perkataan juhdu (جهد) atau jahdu (جهد) yang membawa maksud tenaga atau kesusahan. Adapun jihad, ia menjurus kepada makna mengerah usaha dan tenaga (Mukhtaar Al-Sihah, 1/119).

Dariapda sudut Syarak pula, terdapat dua erti jihad. Jihad secara umumnya membawa maksud mengerah usaha dan tenaga dalam apa yang disukai oleh Allah dan diredaiNya (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 10/192).
Adapun secara khas, jihad membawa maksud ‘Mengerah usaha dan tenaga berperang pada Jalan Allah dengan nyawa, harta, senjata dan selainnya’.
Sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ
“Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu” (Sahih. Riwayat Abu Daud).

JENIS-JENIS JIHAD
Berdasarkan erti jihad mengikut definasinya yang umum dan khusus, Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H) dalam kitabnya Zaadul Ma’aad, 3/9 membahagikan jihad kepada empat peringkat:

Peringkat Pertama: Jihad Melawan Nafsu
Jihad Melawan Nafsu adalah jihad pertama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang muslim sebelum dia beranjak ke peringkat jihad yang berikutnya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah yusuf ayat 53; yang bermaksud:
“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanku(maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Jihad Nafsu terbahagi kepada empat:
Jihad dalam menuntut ilmu kebenaran dan Agama yang hak;
Jihad dalam mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi;
Jihad dalam berdakwah menyebarkan ilmu;
Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah pada Jalan Allah.
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللَّهِ
“Orang yang berjihad adalah orang yang berjihad melawan nafsunya dalam mentaati Allah” (Sahih. Imam Ahmad).

Peringkat Kedua: Jihad Melawan Syaitan
Ia terbahagi kepada dua:
Jihad dalam menangani syubhat yang dilemparkan;
Jihada dalam berdepan dengan godaan syahwat.
Jihad Melawan Syaitan dianggap jihad kedua yang paling susah sesudah Jihad Melawan Nafsu memandangkan Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda,
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإنسان مجْرى الدَّم
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam tubuh badannya” (Bukhari dan Muslim).
Seseorang itu tidak akan berjaya dalam peringkat jihad yang berikutnya melainkan setelah dia berjaya dalam kedua peringkat jihad yang pertama ini.

Peringkat Ketiga: Jihad Menentang Golongan Munafik
Ia terbahagi kepada empat:
Jihad dengan hati;
Jihad dengan lidah;
Jihad dengan harta;
Jihad dengan nyawa.
عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإيْمَانِ [رواه مسلم]
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam  bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun, Jihad Menentang Golongan Munafik lebih tertumpu kepada lidah kerana golongan ini kufur dalam hati tetapi menzahirkan Islam. Maka penjelasan dan hujah perlu diberikan untuk menangkis syubhat-syubhat mereka.
Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H), “Jihad Orang Munafikin lebih susah daripada Jihad Orang Kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) daripada kalangan Umat Islam” (Zaadul Ma’aad, 3/5).
Peringkat Keempat: Jihad Golongan Ahli Bidaah dan Pelaku Maksiat
Ia terbahagi kepada tiga:
Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bidaah atau maksiat yang mereka lakukan; jika tidak mampu
Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu
Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya.
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فبقلبه وَذَلِكَ أَضْعَف الْإِيمَان
“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya; jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman” (Muslim).
Peringkat Kelima: Berperang pada Jalan Allah demi Menegakkan Kalimah Allah
Ini yang dimaksudkan dengan jihad dalam erti katanya yang khusus.
Firman Allah,
وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً
“Dan perangilah orang-orang musyrikin secara menyeluruh” (Al-Taubah, 36).
Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah” (Bukhari dan Muslim).
مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِغَزْوٍ مَاتَ عَلى شُعْبَةِ مِنْ نِفَاقٍ
“Barangsiapa mati sedang dia tidak pernah berperang, dan tidak pula dia bercita-cita untuk berperang, dia telah mati pada salah satu cabang kemunafikan” (Muslim).
Dan ingatlah setiap perjuangan hendaklah di sertai dengan pengorbanan, pengorbanan dalam erti kata, berkorban tenaga, masa, dan segala apa yang perlu dilakukan untuk menegakkan agama Allah. Sebagai mana firman Allah SWT:
﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴾
 Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(surah muhammad:7)
"Jagalah agama Allah, nescaya Allah jaga kamu"

Rujukan: Al-Quran, Al-Hadith, buku pegajian Islam (mpw). (Blogspot).

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *