Monday, March 13, 2017

Kepimpinan yang diteladani

Siti Maryam Zulkefli
010

Seseorang yang ingin menjadi pemimpin atau ketua yang baik perlu menyediakan kelengkapan diri yang sempurna agar dihormati dan dijadikan model dan contoh teladan oleh pengikut atau orang bawahannya. Ini adalah kerana setiap tingkah laku dan tutur katanya akan diberi nilai yang tersendiri oleh pengikutnya.

Seseorang pemimpin, dalam memimpin atau mengetuai sesuatu tugas tertentu, perlulah mempunyai pengalaman, panduan pendidikan dan tunjuk ajar yang ada hubung kait dengan tugasan mereka. Umpamanya pengarah urusan syarikat yang memimpin syarikat, tok penghulu yang memimpin sesebuah kominiti kampong, wakil rakyat yang memimpin rakyatnya, bapa yang memimpin sesebuah keluarga, ketua kumpulan yang memimpin kumpulannya dan lain-lain. Oleh itu, tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh pemimpin dan orang yang dipimpinnya adalah berat dan menjadi kewajipannya untuk membawa ahlinya kepada kesatuan yang kukuh, harmoni dan saling kasih mengasihi agar hidup menjadi teratur, tenang dan sempurna.

Demikianlah kepimpinan, mungkin kerana terlalu hampir dengan kehidupan sosial manusia, maka ia tidak pernah luput atau hilang dari perhatian orang biasa atau awam. Menurut ahli psikologi sosial,pemimpin adalah seseorang yang mempunyai pengaruh peribadi yang paling banyak. Sebagai contohnya, setiap apa yang dilakukannya akan diteladani oleh orang bawahannya.

Ini akan membawa kepada dua implikasi yang besar dalam diri pengikut samaada mendapat kebaikan atau kerosakan. Jelaslah bahawa kuasa pengaruh yang kuat melalui peribadi, hasil daripada penilaian yang tidak seimbang oleh pengikutnya akan mewujudkan imej yang mempunyai ciri-ciri peribadi seperti pemimpin mereka dalam kehidupan sosial yang mereka lalui sepanjang hayat.
Secara umumnya, orang bawahan atau pengikut menganggap bahawa pemimpin itu adalah model bagi mereka. Jika kepimpinan dianggap bersifat situasi, orang-orang bawahan juga mungkin bertindak sebagai model kepada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada mereka pada masa-masa tertentu. Tetapi keadaan ini jarang berlaku. Biasanya pemimpin diataslah yang dijangka menjadi model bagi pengikut. Namun tidak semua orang boleh menjadi model kepada orang lain.
Nasib pemimpin adalah ditangan rakyat. Dengan itu pemimpin tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat kerana bimbang kalau-kalau tidak diundi menjadi pemimpin lagi. Hal seperti ini tidak berlaku dalam pemerintahan dan politik islam. Sejarah telah membuktikan bahawa konsep kepimpinan yang teratur dalam islam adalah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. fungsi utama dalam kepimpinan islam ialah melaksanakan syariat  Allah swt. Konsep ini dilakukan melalui hubungan antara individu dengan kelompaknya.

Naiknya pemimpin menurut kaedah islam ialah kerana taqwanya, ilmunya, akhlaknya, kepimpinannya dan kegigihannya. Ia dipilih atau dilantik bukan kerana ia meminta tetapi kerana kemahuan rakyat. Rakyat memerlukannya. Rakyat tahu kalau pemimpin seperti ini memimpin, mereka akan mendapat pimpinan dan didikan kea rah kebenaran dan kebahagiaan didunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, sesiapa yang mempunyai kekuatan fitrah melebihi orang lain dari segi pemikirannya, boleh menjadi pemimpin yang berkeupayaan untuk memimpin, mengajar, mendidik dan membimbing ummah ke jalan kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *