Monday, March 13, 2017

Pengaruh media Terhadap Pemikiran & jiwa umat Islam

Pok jak

Dalam era globalisasi, media merupakan satu agen yang paling berpengaruh untuk menyebarkan  pelbagai ideologi, ilmu pengetahuan, perniagaan dan budaya. Maklumat yang didapati melalui media elektronik adalah terlalu pantas dan aktif di mana ia memudahkan setiap individu yang memilikinya mendapat maklumat dan sebagainya. Masyarakat Islam akan mendapat faedah dan kebaikan jika mereka menggunakan media elektronik sebagai cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, perniagaan dan menyebarkan ajaran Islam dan budaya yang murni. Persoalannya ialah sejauh manakah umat Islam menjadikan media elektronik sebagai alat untuk faedah diri, masyarakat dan negara?
Masyarakat Islam sepatutnya memahami bahawa kemajuan telekomunikasi bukan sahaja boleh memberi kebaikan, malah ia juga akan memberi kesan yang buruk kepada umat Islam jika bahan media yang sering dibaca dan didedahkan itu mempunyai unsur-unsur negatif terhadap perkembangan pemikiran dan jiwa. Manusia yang tinggal dalam negara yang maju dan membangun  mudah terdedah dengan pelbagai maklumat melalui media elektronik. Mereka merasai bahwa masyarakat dunia berada dalam satu negara yang terlalu hampir di antara satu sama lain.

Kemudahan telekomunikasi memberi peluang kepada ahli perniagaan mempromosikan bahan-bahan perniagaan mereka melalui media elekronik dengan pelbagai bentuk iklan dan sebagainya. Iklan yang sering dipertontonkan oleh media sering menarik perhatian masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Bagi umat Islam, tidak kesemua bahan yang diiklan itu sesuai untuk umat Islam tetapi ramai golongan remaja amat tertarik terhadap bahan iklan tersebut. Contohnya, pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badan bukan sahaja digemari oleh umat bukan Islam malah ia juga menjadi tradisi remaja Islam. Perkembangan fesyen di Barat amat pantas meresap masuk dalam dunia Islam walaupun negara tersebut mengamalkan sistem yang paling konservatif. Arab Saudi merupakan negara yang paling konservatif tetapi elemen-elemen Barat  sudah meresapi negara tersebut di mana pelbagai filem Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sudah menjadi bahan tontonan umum masyarakatnya di rumah. Berhampiran dengan Masjid Madinah, terdapat gedung pakaian menjual pakaian wanita yang sama fesyennya dengan gedung pakaian di London.

Gaya hias wajah dan fesyen pakaian Barat menjadi ikutan remaja Islam kerana pada pemikiran mereka setiap perkembangan gaya hias wajah dan fesyen daripada Barat adalah sophisticated walaupun realitinya adalah janggal dan mencolok mata. Ini menunjukkan bahawa peranan  media amat mempengaruhi pemikiran dan jiwa umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *