Monday, March 13, 2017

Ramalan Kiamat yang Merosakkan Akidah

Azim Haikal

Kepercayaan adanya kiamat terdapat dalam semua ajaran agama samawi, iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani. Islam meletakkan bahawa keyakinan adanya hari kiamat sebagai salah satu rukun iman dan keraguan mengenainya akan membawa kepada kekufuran.
Atas kepercayaan manusia mengenai hari kiamat, dengan kepintaran berfikir dan keterbatasan pengetahuan, manusia membuat beberapa teori dan ramalan mengenai kiamat.

Teori kiamat yang dipercayai oleh sebahagian manusia hanyalah berdasarkan tafsiran mereka terhadap keupayaan ilmu dalam menanggapi fenomena alam yang sedang berlaku dan pernah dihadapi oleh manusia sepanjang kehidupannya.

Teori tentang kiamat yang dicipta oleh manusia berdasarkan beberapa aliran pemikiran yang berkembang berasaskan pandangan falsafah tertentu. Bahkan terdapat beberapa pandangan sains yang menafikan kiamat akan berlaku berdasarkan pelbagai teori dan pandangan semulajadi alam.
Menurut falsafah awal yang dibangunkan dalam tradisi Greek, Pythagoras the Samian (580-490 SM) mengasaskan gerakan keagamaan berdasarkan pandangan alam secara mistik dan semulajadi.
Menurutnya, nombor memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia, iaitu sebagai “pemerintah bagi semua bentuk, idea dan punca bagi setiap kebaikan dan kejahatan.”

Pythagoras membawa kepada satu kepercayaan bahawa ketuhanan dan alam semesta bergabung dalam acuan prinsip matematik menerusi konsep monism (satu bulatan) yang dikenali sebagai monard. Perhubungan tersebut turut berkembang dua bulatan (diard), tiga bulatan (triad) dan sebagainya.

Konsep ini telah mempengaruhi penyelewengan agama Kristian sehingga membentuk kefahaman kesatuan dalam tiga entiti atau dikenali sebagai triniti dan viseca pisces.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *