Monday, March 13, 2017

PENAWAR RASA GUNDAH


Disediakan Oleh: Muhammad Syarafi Bin Shokri (14021191)
No.Siri: 102

Doa itu adalah penawar sebenar bagi rasa gundah. Dalam setiap kali berdoa ingatlah Alah sentiasa mendengar hamvanya, kerana dengan mengingati Allah akan sirnalah kesedihan yang melanda diri. Dan ingatlah Allah akan memberi ganjaran pahala kepada hambanya yang benar-benar ikhlas dalam memohon keampunan.

Jika diri di bebani ujian yang perit maka sabarlah kerana sabar itu indah, berfikiran positiflah dan mengadulah kepada-Nya kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan ingatlah sesungguhnya Allah tidak membebani hamba-hamba-Nya jika tidak mampu ditanggung oleh diri yang bergelar manusia. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana itu terapi terbaik bagi hati yang gundah. Bacalah dan hayatilah pasti jiwa akan tenang.

Pintu penyelesaian sentiasa terbuka luas, oleh itu usah rasa gundah. Jika bersedih maka berzikirlah, kerana sungai-sungai ketenangan akan mengalir segar dalam jiwa. Sekiranya gundah kerana jodohnya belum tiba, jangan bersedih kerana akan tiba masa dikirimkan jodoh yang terbaik untuk kita.

"Mintalah kepada Allah. Senyumlah dengan senyuman yang paling manis. Kerana dengan senyuman itu dunia akan membalas dengan senyuman yang lebih manis. Manakala akhirat pula menunggu dengan pelukan yang penuh kasih sayang."

" senyum itu sedakah"


Sumber: La tahzan penawar rasa gundah : Dr. Aidh Al-Qarni.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *