FARHAN
Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit
sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah
ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang maksudkan di sini bukan
hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang
Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan
juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya ada yang mengatakan
bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit
hitam? tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang
berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu
dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan
mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Selain bahasa Melayu,
manuskrip Tarikh Patani juga
kini boleh didapati dalam
bahasa Inggeris dan Thai.
|
Ada Beberapa sumber pensejarahan yang
membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber
pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500
Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan
Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di
dalam manuskrip Tarikh Patani:-
“Adapun orang
Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manis. Rupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”
Potongan ayat di atas menyatakan kepada
kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung
Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka
digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna
kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika
sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang
kedua.
Zhí Gòng Tú
Sumber kedua yang maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 / 職貢圖). Zhí Gòng Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set
lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau
ilustrasi. Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555
Masihi), salah seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.
Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada
zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta dari
pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana yang
selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang
pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. Buktinya adalah
seperti di bawah ini:
Apa yang menarik mengenai gambar atau
ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah besar
China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta tersebut
ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang
diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan
semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!
Hitam Bertukar Sawo
Matang
Kini, hanya tinggal satu persoalan yang
perlu kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah
Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau keturunan
mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada
dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:
“Syahdan, maka
adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
(orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
(orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”
“Adapun orang-orang
Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya
adalah keturunan orang Arab (di Langkasuka).
Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu (Langkasuka).”
“Dan banyaklah
orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”
“Adapun orang-orang
Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di
negeri Patani (Langkasuka). Dan
orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan
Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”
“Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
(yang) bernama (Raja) Bangsa.”
“Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
(ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
(yang) bernama (Raja) Bangsa.”
“Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
Semua perenggan ayat di atas telah
membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan
campur dengan pelbagai bangsa asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer
serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan campur inilah,
lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat
kemerah-merahan.
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan
campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah
berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang
membuktikannya:
“Inilah kisah
riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu
sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa
anak Mariam zahir (lahir),
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”
Perenggan ayat di atas telah membuktikan
bahawa amalan perkahwinan campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan
bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara
tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo matang.
Sebelum mengakhiri topik ini, EMPAT
kesimpulan dapat dibuat, berdasarkan bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
1.
Nenek-moyang orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
2.
Orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai
bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa
A.S lagi.
3.
Orang Melayu di
Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak
dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
4.
Ini sekaligus
membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum
pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak
tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah
penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
Sumber: http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment