Tuesday, February 28, 2017

DI SEBALIK BUDAYA HIPSTER

NAMA: NURUL SUHADAH BT MOHAMED JUHARI
NO.SIRI: 017

            Jelas sekali, Hipster boleh dianggap sebagai satu fenomena baru yang semakin berkembang pada hari ini. Berdasarkan kenyataan diatas tidak mustahil ia kini sudah membentuk sebuah komuniti baru dalam masyarakat.

Tidak mahu mempertikaikan tentang perkara tersebut. Cuma tertanya-tanya dari manakah Hipster berasal? Selain itu, apakah tarikan atau keistimewaan yang membuatkan anak-anak muda tertarik dan berminat sangat untuk mengikutinya?

            Lapor sebuah portal online, Micar.com, penggunaan perkataan “Hipster” pertama kali diaplikasikan pada tahun 1940an. Ia dipertuturkan bagi menggambarkan sebuah cabang kebudayaan tertentu yang telah berkembang di Amerika seiring dengan populariti era muzik Jazz pada tahun tersebut.
            Selain itu, ada pendapat lain mengatakan ia wujud dari beberapa  gabungan perkataan asal iaitu ‘Hip’, ‘in the know’ dan ‘ster’. Difahamkan ketiga-tiga perkataan ini sering diluahkan oleh peminat Jazz di negara berkenaan.

            Asal sebagai satu bahasa perbualan, Hipster dikatakan mula berubah dan membentuk satu komuniti yang menjadi perhatian di kalangan anak muda. Siapa sangka golongan pertama mempelopori budaya ini ialah belia kelas pertengahan kulit putih di Amerika Syarikat.

            Difahamkan, komuniti ini mula terbentuk disebabkan beberapa faktor iaitu menentang peperangan, tidak menyokong dasar pengasingan kaum yang diperkenalkan golongan pemerintah dan gaya kehidupan mewah. Ketiga-tiga faktor itu secara tidak langsung bertentangan dengan ideologi mereka yang berkonsepkan ringkas, spontan dan menyokong keamanan.

            Disebabkan ideologi itu, mereka lebih tertumpu untuk menikmati kehidupan semasa. Sebagai contoh, komuniti ini memberi keutamaan tentang dunia muzik dan melakukan sesuatu perbuatan yang berbeza daripada orang lain. Secara tidak langsung, kehidupan seorang Hipster agak sukar untuk dijangka kerana mereka boleh merubah mengikut keadaan semasa.

            Menurut seorang aktivitis politik Amerika Syarikat, Norman Mailer, komuniti Hipster disifatkan sebagai sebuah kumpulan yang memegang prinsip berlawanan dalam sesebuah institusi sosial. Mereka lebih cenderung menentang apa sahaja dirasakan tidak betul sama ada dalam soal politik, kehidupan, ekonomi, dan sebagainya.
            Sejak dari tahun 1940-an, Hipster mengalami perubahan daripada masa ke semasa. Jika sebelum ini ia lebih tertumpu pada aliran muzik Jazz dan isu-isu kemasyarakatan. Namun, kini ia mula bertukar pada sisi yang lain. Generasi baru Hipster hari ini lebih fokus pada kehidupan masing-masing. Sebagai contoh, keutamaan daripada aspek penampilan diri dan menghargai budaya alternatif sama ada tentang filem, muzik atau seni.
            Ramai orang menyangka bahawa seorang Hipster dianggap sebagai peminat tegar gajet-gajet terbaru. Sebenarnya sangkaan itu tidak benar dan komuniti ini lebih gemar mencari alternatif lain yang jauh lebih murah jika menginginkan sesuatu benda termasuklah peralatan elektronik.
            Hal sama juga tidak terkecuali jika melibatkan soal kehidupan seharian mereka. Sebagai seorang Hipster, mereka sebenarnya anti terhadap makanan segera. Secara tidak langsung ia bertentangan dengan ideologi mereka dan menganggap makanan seumpama itu ialah makanan kapitalis. Disebabkan itu, komuniti ini gemar mengunjungi kedai-kedai biasa atau pun memasak sendiri di rumah.
            Jika dinilai pada aspek perhubungan pula, komuniti in mempunyai pandangan tersendiri berbanding khalayak umum. Justeru itu, rupa paras cantik dengan perwatakan menarik bukan pilihan lelaki dan wanita dalam pemikiran ini.
            Timbul persoalan, apakah ukuran yang menjadi pilihan seorang Hipster bagi mencari teman hidup mereka?
            Untuk pengetahuan anda semua, komuniti ini mengguna pakai konsep ‘androgini’ (sifat lelaki atau perempuan) atau ‘fenimisme’ (fahaman yang menuntut hak wanita) dalam memilih pasangan hidup. Sebagai contoh, seorang lelaki Hipster cenderung untuk memilih pasangan mereka yang memiliki saiz badan yang sama sperti mereka. Menarik lagi, mereka lebih terbuka dalam soal perhubungan berlainan bangsa.
            Percaya atau tidak, komuniti yang wujud sejak 1940-an ini telah memberikan sumbangan besar dalam perkembangan beberapa bidang di dunia ini. Biarpun tampak terkongkong dalam dunia mereka sendiri, komuniti Hipster memiliki keunikan tersendiri. Sebagai contoh, kepakaran mereka sangat terserlah dalam bidang penulisan, fesyen, perfileman, media sosial dan muzik.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *