Friday, February 24, 2017

MENGADU DI FACEBOOK: WAJARKAH BAGI UMAT ISLAM?

Nor Husna Binti Mohd Ramli
No siri:029


Facebook merupakan laman social yang mnjadi teman hidup manusia pada
masa kiniatau lebih tepat manusia akhir zaman. Laman social ini
seakan-akan menjadi satu platforterbaik untuk meluahkan rasa sedih,
marah, dengki, dendam dan banyak lagi.kita juga akan berasa bangga
apabila ramai yang memberi komen atau suka dengan status tersebut.
Seluruh dunia boleh melihat Luahan yang kita buat di facebook. Adakah
ianya relevan? Jika kata-kata yang berunsurkan dendam dan dengki
adalah tidak elok untur dipaparkan di khalayak umum. Kita seharusnya
mengadu dengan Allah supaya perasaan yang negatif dapat di positifkan
semula dengan cara yang sangat tepat. Allah jualah yang mampu memberi
ketenangan kepada kita tatkala berasa sedih,marah dan dendam.
Banyak implikasi yang akan terjadi apabila kita meluahkan masalah di
laman social ini. Antaranya boleh menimbulkan fitnah kerana mungkin
orang yang membaca status kita akan salah tafsir terhadap apa yang
dibaca olehnya itu. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan
pergaduhan yang tidak disengajakan. Sebagai contoh. Apabila
sedangmarah dan geram dengan seseorang itu, apa-apa sahaja yang akan
kita tulis difacebook, sekiranya orang yang kita katakana itu melhat
status tersebut, ia boleh menimbulkan pergaduhan dan boleh memutuskan
hubungan silaraturrahim yang terjalin.
Oleh itu, apabila kita diuji dengan pelbagai masalah,kita perlu
mengadu kepadaNya kerana Dia yang menjadikan kitadan Dia juga yang
berhak ke atas setiap inci tubuh kita sertaDia juga yang menjaga hati
kita. Dan yang paling penting,kita akan memperolehi ketenangan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *