Saturday, February 25, 2017

PERANAN WANITA DALAM MENGURUSKAN RUMAH TANGGA

NAMA : CHE DAHLIAWATI BINTI CHE DAUD
NO SIRI : 051

Secara umumnya, peranan wanita  sebagai isteri, dan merupakan suri rumah tangga atau wazir kepada suaminya dalam institusi keluarga. Sebagai ibu, wanita merupakan pengasuh dan pendidik kepada anak-anaknya. Kegagalan wanita untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan ini akan mengakibatkan institusi keluarga menjadi goyah dan kucar-kacir. Fitnah akan berlaku apabila berlaku pengabaian peranan, hak dan tanggungjawab dan akhirnya, anak-anak terbiar tanpa asuhan dan didikan, serta kasih sayang yang sempurna.

Pengabaian tanggungjawab dan peranan akan melahirkan masyarakat yang rosak akhlaknya terutamanya anak-anak yang tidak lagi menghormati ibu bapa (menderhaka) dan terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Institusi keluarga yang goyah dan kucar-kacir akan memberikan kesan kepada institusi masyarakat dan akhirnya, institusi negara.

Bagi wanita yang beriman, rumahnya merupakan sambungan kepada masjid, dan sebagaimana institusi masjid wajib diimarahkan, begitu juga institusi rumah tangga (rumah). Wanita yang mengimarahkan rumah dengan perkara- perkara berlandaskan tuntutan Islam akan menjadi tempat untuk mendapat ketenangan, tempat turunnya sakinah, tempat perlindungan dari fitnah, dan tempat untuk mengumpul kekuatan rohani dan jasmani untuk keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bahawa apabila seseorang wanita mencari keredaan suaminya dan menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan puas hati suaminya, maka la mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki dalam amal-amalnya kerana Allah itu. Berdasarkan kenyataan ini, tidak bermakna peranan, hak dan tanggungjawab wanita hanya terhadap institusi keluarga sahaja. Sebaliknya, dengan keizinan suaminya ia tidak dilarang untuk berkhidmat kepada institusi masyarakatnya setelah memenuhi kewajiban institusi keluarga, dengan syarat menjaga kehormatan dan menjaga pergaulan.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dan padanya (Surah Al-Nur: Ayat 31). Berdasarkan ayat tersebut, Allah s.w.t. memerintahkan supaya wanita Islam memelihara penglihatannya daripada perkara yang menaikkan keinginan nafsu dan menutup aurat menurut tuntutan syariat Islam. Sesungguhnya, memelihara penglihatan, memelihara keinginan nafsu dan menutup aurat merupakan sebahagian daripada tujuan untuk memelihara akhlak dan kehormatan wanita dan mengelakkan berlakunya gejala-gejala tidak bermoral. Peraturan tersebut membuktikan Islam bukan sahaja memberikan kebebasan yang cukup sempurna kepada wanita tetapi menurut batasan-batasan tertentu. Batasan-batasan kebebasan demi untuk memelihara keturunan manusia atau zuriat yang mulia dan bermaruah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *