Saturday, February 25, 2017

PELAKSANAAN QISAS WARIS DIBERI HAK PENGAMPUNAN

NOR AKASHAF BINTI MOHD UZITA
058

        Apabila berlaku pembunuhan maka hendaklah kepada jenis pembunuhan. Ulama telah sepakat tanpa khilaf bahawa hukuman tanpa qisas bagi orang yang membunuh dengan sengaja hendaklah dengan pengampunan kaum keluarga atau si waris bagi pihak si mati. Ini adalah seafdal-afdal dan sebaik-baiknya bagi mereka yang mempunyai hati yang besar lagi mulia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
      “Dan sesiapa (pembunuh) yang diberi suatu kemaafan daripada sadaranya, maka (hendakalah pihak yang memaafkan itu) mengikut cara yang wajar(dalam membuat tuntutan ganti rugi dan pihak yang mendapat kemaafan itu pula hendaklah) menunaikan bayaran ganti rugi itu dengan sebaik-baiknya.”
(Surah al-Baqarah 2:178)

         Al-Syahid Sayid Qutub berkata kemaafan itu ialah dengan menerima ganti rugi yang berupa diat. Apabila pihak wali mangsa pembunuhan menerima dan bersetuju dengan bayaran diat itu dengan tuntutan yang baik, reda dan mesra. Pembunuh atau walinya wajib menunaikan bayaran diat dengan sebaik-baiknya untuk menjernihkan segala hati, menyembuhkan segala luka-luka dengan jiwa sekali gus menguatkan hubungan persaudaraan antara mereka. Syeikh al-Maghari berkata yang demikian merupakan hukum yang Allah syaratkan kepada manusia dalam memilih keampunan daripada hukuman qisas, maka pembunuh wajib membayar diat sekali gus menyelamatkan dirinya daripada hukuman bunuh balas dan azab yang pedih di sisi Allah.

Syarat Pengampunan
    Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh menyebut dua syarat yang perlu ada dalam memberikan pengampunan :
1.      Pengampunannya hendaklah daripada seorang yang baligh dan berakal.
2.      Pengampunan itu mestilah lahir daripada orang yang berhak memberi pengampunan kerana tindakan itu bererti pelupusan hak.

    Orang yang berhak memberi pengampunan dalam kes ini ialah waris atau wali mangsa pembunuhan sama ada lelaki atau perempuan menurut jumhur ulama’. Wa Allahu A’lam.                                                                                                                                                     

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *