Tuesday, February 28, 2017

MEMBELI KEBAHAGIAAN AKHIRAT MELALUI HARTA DUNIA


Ø  SITI NURSHUHADA BINTI KAMARUDIN
Ø  016
Ø  14021266
Carilah akhirat seakan-akan kamu akan mati esok, carilah dunia seolah-olah kamu hidup selamanya”.
Kata-kata hikmah ini cukup terkenal dalam kalangan kita, benar, baik kejayaan dunia mahupun akhirat, kedua-duanya mesti diusahakan secara bersungguh-sungguh. Namun, ada orang yang hanya menfokuskan kehidupan dunia sahaja, lantaran itu mereka lupa akan akhirat.
            Hampir senada dengan ini , Allah Taala berfirman yang bermaksud : “ dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu ( keperluan dan bekalanmu) daripada dunia”. Al-Qasas 28: 77
Sedihnya, terdapat segelintir manusia yang hanya membesar-besarkan perintah Allah ini sahaja iaitu : “ jangan engkau melupakan bahagian kamu daripada dunia”. “ Padahal aspek yang lebih utama ialah “ mencari akhirat”.
Bukankah dalam ayat ini diatas, Allah s.w.t dengan jelas memerintahkan supaya menggunakan harta kekayaan yang dimiliki utuk mencari kebahagiaan akhirat. Inilah yang dimaksudkan mencari ketenangan akhirat melalui harta dunia.
Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa pendekatan Islam terhadap harta hendaklah didasari kepada beberapa prinsip penting yang perlu difahami oleh setiap Muslim.
Prinsip pertama: Allah pemilik sebenar harta, manusia pula hanya pengurus.
Pemilik sebenar kepada harta dan kekayaan di dunia ini ialah Allah s.w.t. , manakala manusia hanya diberikan keizinan oleh Allah memiliki harta tersebut sebagai satu amanah. Ini sejajar dengan prinsip manusia sebagai khalifah yang memegang amanah di atas muka bumi.
Jadi, manusia boleh mencari harta dan memilikinya serta menggunakannya, tetapi mestilah dalam batasan yang ditetapkan oleh Allah Taala, selari dengan maqasid yang dikehendaki oleh Allah. Dengan kata lain, hak manusia terhadap harta bukanlah mutlak, bahkan ada batasan dan panduan tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah.
Prinsip kedua : kekayaan ialah alat mencapai maqasid akhir kehidupan manusia.
Antara sifat semulajadi manusia ialah mesti mempunyai tujuan atau maqasid dalam kehidupan. Sebagai seorang muslim, apakah tujuan hidup kita? sudah tentu untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan apa yang lebih penting ialah kebahagiaan di akhirat.
Oleh sebab itu, harta adalah sebagai asas pembaangunan yang menyokong kehidupan manusia di dunia , Firman Allah “ harta kamu yang Allah telah jadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”. al-nisa’ 4:5
Prinsip ketiga : setiap individu bebas mencari kekayaan daripada sumber alam semulajadi yang dikurniakannya oleh Allah kepada mereka.
Asas utama yang menjadi penghubung antara setiap manusia ialah persaudaraan, rasa simpati, pengorbanan dan kerjasama sesame manusia. Fungsi harta adalah untuk mengekalkan dan melestarikan kehidupan ini.
Inilah rahmat Islam yang dijanjikan oleh Allah melalui pengutusan Rasulullah s.a.w, iaitu sebagai rahmatan lil al-alamin ( menjadi rahmat bagi sekalian alam).
Dalam harta kita juga ada hak orang lain…haaaa…nak tahu tak apa haknya.. baca dulu,
Sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa memahami bahawa harta yang diberikan oleh Allah bukanlah hak mutlak dan esklusif buat kita. Kita mesti ingat bahawa dalam hak itu ada hak-hak orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita.
Oleh sebab itu, Allah berfirman dalam menyifatkan karakter orang yang beriman, maksudnya : “dan mereka ( yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). ( al-ma’arij 70 :24-25)
Ayat ini menyatakan wujud “ hak yang  termaklum” pada harta kita.
Tiga cara yang ditegah
Selain itu, seorang Muslim juga dilarang menggunakan hartanya dengan tiga cara yang ditegah iaitu :
1. Israf (melampaui batas)
2. Itlaf ( pembaziran dan memusnahkan harta)
3. Itraf (bermewah-mewah)
Terdapat banyak nas yang melarang kita daripada melakukan ketiga-tiga bentuk perbelanjaan harta tersebut. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud : “ dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau . Sesunggunhya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas “. Al-Araf 7 : 31
Sabit dalam hadis sahih riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda bahawa “ sesungguhnya Allah reda (suka) tiga perkara untuk kamu lakukan dan benci tiga perkara yang kamu lakukan. Allah suka kamu menyembahNya dan tidak menyekutuNya , kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah belah serta kamu menasihati pemimpin kamu. Allah membenci kamu bercakap-cakap kosong ( bawa khabar angin) banyak bertanya ( benda yang tidak berfaedah ) dan membazirkan harta.”(riwayat Muslim).
Maksud rela dan benci disini ialah apa-apa yang Allah perintah dan larang , serta apa-apa yang dikatakan sebagai pahala atau dosa. Dalam hadis ini Allah melarang pembaziran harta, iaitu membelanjakannya pada jalan yang bukan syari’ dan menyebabkan ia musnah.
Menurut Imam al-Nawawi, perbuatan tersebut dilarang kerana ia satu bentuk ifsad (kerosakan) dan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan (mufsidin). (al-Nawawi , Sharh Sahih Muslim, jil.4, hlm.375-377).
Inilah yang dikatakan , harta yang diberikan oleh Allah bukan milik kita kerana hakikatnya , pemilik sebenar ialah Allah s.w.t. Maka sebagai hamba Allah, harta tersebut hanyalah sebagai alat yang diberikan untuk kita mencari dan “membeli” hak istimewa dan mencari kebahagiaan akhirat melaluinya. Ia bukanlah matlamat utama manusia. Mudah-mudahan Allah member taufik dan hidayah kepada kita. Wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *