Tuesday, February 28, 2017

ABDULLAH BIN BUSYR AL-ISLAMI


NAMA :NAJWA HAYATI BT MOHD YUSOFF
N0 SIRI : 015
            Nama lengkapnya adalah Abdullah bin busyn al-aslami, sedangkan nama panggilannya ialah Abu Shafwan atau Abu Busrin. Beliau termasuk orang yang termasuk orang yang terawal masuk Islam, sebab beliau ikut melakukan solat pada dua kiblat. Sebagaimana kita ketahui, umat islam pada zaman rasulullah s.a.w  sempat mengalami dua kali kiblat. Mula-mula, mereka melakukan solat dengan menghadap Baitul Maqdis, kemudian berkiblat ke Kaabah di Mekah.

            Disebabkan menerima teladan terus daripada Rasulullah s.a.w, sudah tentu beliau dapat mengikuti jejak-jejak Rasulullah s.a.w  dengan sangat baik. Abdullah bin Busyr al-Aslami dikenali sebagai sahabat yang selalu mengikuti ke mana pun Rasulullah s.a.w pergi, tidak kira di dalam mahupun luar kota, baik dalam keadaan damai mahupun garang.

            Beliau dikatakan oleh Hafiz bin Hajar sebagai “ seorang sahabat kecil “. Sementara itu, Ibnu Athir menerangkan bahawa beliau adalah sahabat Rasulullah s.a.w, begitu juga ibu bapanya saudara lelaki bernama Athiah, dan saudara perempuannya bernama Suamma.

            Beliau dikatakan mempunyai tahi lalat besap pada bahagian mukanya. Sahabat yang satu ini juga mendapat kehormatan daripada Rasulullah s.a.w  dengan diberi doa. Pada suatu kesempatan, Rasulullah s.a.w pernah meletakkan tangannya yang mulia ke atas kepala Abu Busrin, kemudian mendoakannya. Rasulullah s.a.w bersabda , “ Anak ini kan hidup ( panjang usianya ) sampai satu abad. Dia tidak akan meninggalkan sehingga hilang terlebih dahulu tahi lalat dari bahagian mukanya.” Dan, benar memang panjang, Abdullah bin busyr benar-benar memiliki usia yang panjang, bahkan hingga mencapai seratus tauhun. Al-hfiz bin Hajar mengatakan bahawa ketika mencapai usia 94 tahun. Sebelum meninggalnya, tahi lalat di wajahnya memang sudak tidak kelihatan.

            Di antara hadis yang diriwayatkan beliau jiga berkaitan dengan panjang umur, yakni “ orang yang paling baik itu ialah orang yang panjang usianya dan baik pula amal kerjanya.” Selama hidupnya yang panjang, beliau berusaha melakukan pelbagai daya upaya untuk dapat memenuhi maksud hadis yang diriwayatkan dirinya itu.

            Sebanyak 50 hadis berjaya beliau kumpulkan. Bukhari sendiri meriwayatkan satu hadis daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang satu ini, begitu juga Muslam dengan satu hadis. sebagai sahabat nabi, akhlaknya juga tidak perlu diragukan lagi. Kesetiaanya kepada islam dan keteguhannya dalam menjaga iman begitu juga masyhur. Ketika itu, islam memang tersebar, dibela, dan dimuliakan oleh para pemuda yang berbakat dan berakhlak mulia seperti baliau itu.

            Ada orang mengatakan bahawa Abdullah bin Busyr meninggal di Himsh yang terletak dalam wilayah Syria. Beliau merupakan sahabat yang terakhir wakaf di negeri Himsh itu.bahkan, dia pula sahabat yang terakhir sekali meninggal dunia di daerah Syam/Syria, yakni pada tahun 88 H(96 M) atau kira-kira pada masa kekuasaan, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *