Monday, February 27, 2017

MERAWAT KANSER SEBAGAI PEMBUNUH NOMBOR DUA!

NAMA :   NOR NADZIFAH BT MUHAMAD
NO SIRI : 052

          Kanser ialah penyakit kronik metabolik yang merupakan satu cara memulihkan sistem metabolik tersebut ialah melalui kaedah diet yang sesuai dan sempurna. Terapi metabolik mampu mengenalpasti kekurangan nutrien dan mengukuhkan sistem imunisasi badan untuk merawat kanser. Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon telah mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap kanser. Teknologi perubatan termoden dan wang yang banyak yang dimiliki negara kuasa besar dunia itu, ramai pihak menjangkakan ‘peperangan’ berkenaan akan dapat dimenangi dengan mudah dan pantas.
          Namun begitu, sehingga ke hari ini, kanser masih menjadi pembunuh nombor dua penduduk negara itu selepas penyakit jantung walaupun peruntukan berjumlah puluhan bilion dolar telah disalurkan untuk membasminya. Antara punca penyakit itu tidak berkurangan kerana faktor makanan, minuman, udara yang disedut orang ramai yang telah dicemari pelbagai jenis bahan kimia akibat daripada arus pembangunan dan sebagainya. Kaedah rawatan moden bagi kanser tidak banyak berubah seperti pembedahan dan terapi radiasi serta disusuli kemudiannya kemoterapi iaitu menggunakan ubat-ubatan kimia sama ada dimakan atau disapu. Kaedah kemoterapi terus digunakan sehingga kini walaupun mempunyai pelbagai kesan sampingan dan rata-rata pesakit yang dirawat biasanya hanya dapat hidup sehingga maksimum lima tahun sahaja, ianya hanya andaian doktor.

        Oleh hal demikian, terdapat pelbagai kaedah rawatan alternatif telah diperkenalkan di AS untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Antaranya kaedah quantum touch iaitu terapi sentuhan yang diperkenalkan oleh Richard Gordon dan biontology iaitu terapi cahaya yang dipelopori oleh Johan Boswinkel. Malangnya, kaedah rawatan alternatif itu kurang popular kerana terdapat pelbagai usaha terancang dilakukan untuk menyekatnya. Mana-mana pihak yang menawarkan perubatan alternatif akan ‘diboikot’ dan dikenakan pelbagai halangan dari segi undang-undang kerana dikatakan mengamalkan pseudosains iaitu amalan perubatan yang tidak disahkan secara saintifik. Sebab itu, dalam internet telah disebarkan teori konspirasi yang mendakwa kerajaan AS dan kartel syarikat farmaseutikal bersekongkol untuk menyekat kaedah rawatan alternatif. Puncanya kerana industri kesihatan menghasilkan pulangan berbilion dolar setahun. Pihak berkenaan tidak mahu keuntungan termasuk hasil cukai lesap begitu sahaja jika diperkenalkan kaedah rawatan baharu yang lebih murah.

          Disamping itu, Malaysia yang menyaksikan kanser turut menjadi pembunuh nombor dua selepas penyakit jantung dengan kira-kira 25,000 kes baharu direkodkan setiap tahun, agak bernasib baik kerana telah wujud kesedaran untuk tidak mengulangi kesilapan sama seperti yang berlaku di AS. Ini menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha untuk memperkenalkan kaedah rawatan holistik yang melibatkan gabungan perubatan moden dan alternatif di hospital kerajaan. Antaranya, seperti akupuntur dari China yang telah diperkenalkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Rawatan India kuno, ayurveda turut diperkenalkan di Hospital Port Dickson dan Hospital Rehabilitasi Cheras. Malangnya, kaedah perubatan itu hanya berasaskan pengetahuan masyarakat kuno sedangkan banyak rawatan alternatif berdasarkan pengetahuan moden belum ditawarkan di hospital kerajaan. Kaedah quantum touch dan biontology walaupun ada ditawarkan di Malaysia tetapi terpaksa berselindung sebagai pusat rawatan kecantikan berikutan terdapat halangan dari segi undang-undang.

          Menurut Pakar Perubatan Orthomolekul dan Pemakanan Holistik, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir berkata, sudah sampai masanya kerajaan menggalakkan kaedah rawatan alternatif berasaskan pengetahuan terkini digunakan dalam rawatan penyakit di negara ini khususnya kanser. Beliau berkata, langkah itu adalah penting kerana berdasarkan pengalamannya, ramai pesakit kanser yang mendapatkan rawatan alternatif dapat terus hidup walaupun doktor di hospital meramalkan jangka hayat mereka tidak panjang. Beliau menjelaskan, kebanyakan pesakit kanser yang berjumpa untuk mendapat rawatan daripadanya sudah kronik pada tahap empat. Beliau bersedia merawat mereka kerana sentiasa berpegang kepada prinsip untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit yang dikatakan tidak boleh disembuhkan. Pada mulanya ramai yang ragu-ragu dengan kaedah rawatan alternatif ini. Tetapi lama-kelamaan mereka boleh menerimanya kerana rawatan menghasilkan keputusan positif.

           Mengenai kaedah rawatan alternatif yang diamalkan, Dr Syed Putra berkata, beliau akan melakukan analisis kandungan darah pesakit dan kemudiannya dikehendaki mengambil makanan tambahan. Bagi pesakit kanser, makanan tambahan yang perlu diambil mereka mengandungi vitamin B17 daripada biji buah aprikot. Makanan tambahan ini sebagai sokongan bagi meningkatkan keupayaan tubuh badan manusia agar dapat melawan penyakit secara semula jadi. Rawatan melalui vitamin B17 berpotensi membantu dan tidak akan mendatangkan kecederaan atau membahayakan, namun rawatan ini tidak mampu untuk membaiki kerosakan yang berlaku akibat proses rawatan radiasi kimoterapi dan kanser itu sendiri. Seeloknya pesakit hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu mengenai kadar rawatan tersebut seperti tahap keberkesanan bagi penyakit yang mereka hidapi. Ini penting bagi memastikan rawatan tersebut samada menolong atau memudaratkan berbanding penyakit yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *