Saturday, February 25, 2017

SENI DALAM ISLAM


NAMA : CHE DAHLIAWATI BINTI CHE DAUD
NO SIRI : 051

Seni disebut dalam perkataan Inggeris sebagai art, yang berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud kecekapan dan kebolehan.la meliputi kecekapan dan kebolehan dalam segala usaha penciptaan bentuk-bentuk atau karya yang memberi  kesenangan estetika. Estetika atau aisthesis dalam bahasa Yunani membawa makna kepekaan iaitu tertumpu kepada penciptaan yang berkaitan dengan keindahan. Bagi Plato (428 -348 S.M), bentuk-bentuk atau objek-objek yang indah dikesan melalui kuasa deria tetapi pemahaman tentang keindahan hanya wujud di alam akirah sahaja.

Islam pula merupakan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuklah menggalakkan seni dan penciptaan yang indah-indah. Keinginan manusia terhadap seni dan keindahan merupakan satu fitrah kejadian manusia itu sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah itu indah dan sukapada keindahan. Baginda juga menerangkan: keindahan itu menenangkan segala hati dan ubat untuk luka, sesungguhnya keindahan merupakan perhiasan dan kebahagiaan hidup. Seni sebagai pengungkap keindahan itu mempunyai makna tersendiri yang merupakan perjalanan hidup manusia mencari keredaan Allah.

Al-Ghazali, mengungkapkan bahawa setiap yang indah merupakan sesuatu yang sempurna dan manusia akan terdorong untuk memilikinya sebagai penyokong kepada kewujudan manusia itu. Malah kegemaran manusia menikmati keindahan akan dapat melupakan manusia terhadap segala resah dan risau dan mampu memulihkan kemantapan fizikal, mental dan jiwa.

Beliau juga memperkatakan keindahan sesuatu seni itu hanya akan dinikmati apabila terdapat rasa cinta terhadap apa yang dihadapinya. Cinta akan menggerakkan segala-galanya. Kemurnian cinta terhadap kesenian akan mampu memunggahkan kerinduan kepada sesuatu yang dicari. Cinta juga yang menjadi bukti akan hakikat hubungan kasih sayang antara makhluk terhadap Penciptanya.

Oleh itu, kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap al-Khalik. la ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakan-Nya kepada diri manusia.

Sidi Gazalba pula mentakrifkan sent sebagai sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana fitrah manusia yang cinta kepada sesuatu yang menyenangkan had melalui pancaindera yang lima. Penciptaan bentuk-bentuk kesenian tersebut mengandungi nilai estetika yang berpadu dengan nilai estetika Islam. Nilai dalam estetika Islam itu ialah akhlak.


Oleh itu, kesenian yang diutamakan dalam Islam ialah kesenian yang mampu meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia dalam membentuk hubungan antara manusia dengan al-Khalik dan antara manusia dengan manusia. Penghasilan sent bertujuan untuk meninggikan apresiasi manusia tentang semua nilai baik, murni dan diredai Allah s.w.t. Kesemuanya ke arah mendorong manusia mencapai tingkat ketakwaan, kemakrufan, kesolehan dan budi yang lebih mantap. Ini kerana manusia diberi akal dengan kelebihan daya cipta, imaginasi, intuisi dan lisan untuk menghasilkan penciptaannya sendiri sebagai anugerah Allah yang menjadi amanah dan penggunaannya perlu dipertanggungjawabkan.

Kesenian merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan manusia yang bertamadun selagi kesenian tersebut berada di atas landasan syariah Allah s.w.t. Kesenian yang tidak membawa mudarat atau kerosakan diharuskan oleh Islam. Tetapi seni yang mungkin boleh membawa kemudaratan dan kerosakan adalah dimakruhkan, manakala yang pasti membawa mudarat dan kerosakan diharamkan.

Manusia adalah pendukung utama kepada kemunculan kesenian. Seni yang dihasilkan oleh manusia mempunyai dua matlamat penting iaitu sebagai suatu alat (instrumen) untuk mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat dan sebagai suatu penawar hati, penghibur bagi seseorang yang mengembara di dunia untuk menuju alam akhirat.

Islam melihat seni begitu murni untuk tujuan mencantikkan dan meninggikan martabat, jiwa dan nyawa manusia. la bukan untuk mencantikkan dan memperbaiki perkara-perkara sampingan kehidupan manusia atau sebagai aksesori kehidupan. Malah seni bukan sesuatu yang diberi keutamaan berbanding dengan nyawa manusia. Contohnya seni lukisan dan ukiran. Ulama dan para cerdik pandai Islam bersepakat mengatakan bahawa seni yang melahirkan lukisan dan ukiran yang dibenarkan perlu menurut had-had tertentu selaras dengan tuntutan syariah Islam. Bentuk-bentuk haiwan dan manusia lengkap dan sempurna adalah haram hukumnya walaupun tidak bernyawa kerana mempunyai hubungan dengan penyembahan berhala sama ada pada zaman pra-Islam atau masa kini.

Oleh itu, kesenian dalam Islam adalah kesenian yang mengikuti batas- batas seni yang ditetapkan. Ini kerana, segala peraturan hidup yang selaras dengan tuntutan Islam akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, termasuk peraturan dalam menunaikan keinginan kesenianitusendiri.

Persoalannya, apakah perbezaan di antara kesenian Islam dengan kesenian Muslim? Seni Islam ialah seni yang bersumberkan kepada ajaran Islam iaitu kitab suci al-Quran dan al-Hadis. Manakala seni Muslim ialah pendukung seni itu mengaku sebagai orang Islam atau muslim tetapi karyanya belum tentu berasaskan prinsip-prinsip Islam. Ini menunjukkan bahawa orang Islam atau muslim itu merupakan pendukung utama kepada seni Islam dan seni Muslim. Pengamalan terhadap prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan atau dalam kesenian itu berbeza antara seseorang Muslim dengan seseorang Muslim. Perbezaan ini wujud kerana seseorang Muslim itu tidak mendalami ilmu yang berkaitan dengan Islam atau tidak mahu mengamalkan ilmunya dengan baik.

SUMBER PENGETAHUAN SENI :

            Kesenian telah lahir sejak zaman Jahiliah lagi. Apabila masyarakat Islam terbentuk dengan pembentukan negara Islam yang membawa tamadun Islam yang unggul, corak kesenian juga turut berubah. Berdasarkan kesinambungan latar belakang pra-Islam, umat Islam telah mempelajari seni tradisi purba dari segala bangsa dan tamadun. Tetapi Islam telah menapis, menyaring dan mengambil yang terbaik, bersesuaian serta meninggalkan kesenian yang tidak mendatangkan manfaat.

            Pemilihan terhadap kesenian oleh umat Islam dilakukan secara hikmah (bijaksana) iaitu pertama, umat Islam menggunakan daya kreativiti dan inovasi untuk mengubahsuai seni yang ada dan mengharmonikannya selaras dengan tuntutan Islam terhadap alam semesta. Kedua, umat Islam mencipta seni yang asli dan tulen, bersumberkan dan berlandaskan syariah Islam.


Al-Ghazali mengatakan, seni dan keindahan melahirkan persoalan- persoalan mengenai nilai-nilai kebatinan (dalaman) yang wujud di sebalik rupa dan bentuk sesuatu. Keindahan rupa dan bentuk merupakan penghasilan berbentuk zahir (fizikal) yang dihasilkan atau dicorakkan dari nilai-nilai kebatinan.

Secara umumnya, seni dan keindahan seperti seni rupa, seni bina atau sent kraftangan merupakan penghasilan proses fikiran dan perasaan manusia yang disampaikan dalam bentuk zahir, iaitu rupa, bentuk, corak, garisan, tone, warna, ruang dan elemen-elemen lain. Seni merupakan instrumen perantara yang menghubungkan suatu jiwa (pencipta) dengan suatu jiwa yang lain (pengamat) melalui fikiran dan pancaindera.

Seni dalam Islam mempunyai beberapa ciri penting iaitu pertama, mempunyai asas hubungan dengan kesenian Arab yang dipengaruhi oleh unsur- unsur kesenian kebudayaan di kawasan Asia Barat terutama di Semenanjung Arab dan Parsi. Contohnya kesenian kesusasteraan, seni khat dan seni suara (pembacaan al-Quran).

Ciri kedua, kebudayaan Islam telah mewujudkan suatu bentuk seni rupa yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat yang tersendiri. la mempunyai keagungan yang tersendiri sebagaimana seni rupa dalam tamadun Barat, Cina dan lain-lain.

Ciri ketiga ialah seni rupa Islam bukanlah seni rupa yang mewakili sesebuah bangsa, budaya, atau negara. la mewakili kepelbagaian bangsa, budaya dan negara yang  mempunyai kepercayaan   akidah yang sama sebagai unsur penyatuan dan kesatuan ummah melalui konsep tauhid.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *