Saturday, March 11, 2017

Persediaan Remaja Dalam Menghadapi Cabaran Hidup


Ditulis Oleh : Siti Khairizan Farhana Binti Mohammad Jafni
No Siri : 091 | No Matrik : 14021249

Persediaan remaja bererti langkah yang perlu dilakukan oleh remaja, manakala cabaran hidup moden bermakna halangan yang bakal ditempuhi pada zaman moden ini. Secara umumnya, tajuk ini bermaksud langkah yang perlu dilakukan oleh remaja untuk membolehkan mereka menempuh cabaran hidup yang pelbagai pada hari ini dan pada masa akan datang.

Perkara penting yang perlu dilakukan oleh remaja ialah melengkapkan diri dengan pengetahuan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Hal ini demikian kerana setiap agama mengajar umatnya melakukan kebaikan. Semua agama juga melarang penganutnya menimbulkan angkara. Dengan memiliki ilmu keagaman yang kukuh, remaja memiliki benteng yang kuat pada diri masing-masing agar tidak mudah terpengaruh oleh pelbagai masalah sosial yang sering dikaitkan dengan mereka pada hari ini. Ertinya, melalui penghayatan ajaran agama, remaja dapat membebaskan diri daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelacuran dan pelbagai kegiatan jenayah misalnya mencuri, memeras ugut ataupun membunuh.

Hidup pada zaman moden sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, remaja kini perlu berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh. Selain mempelajari ilmu pengetahuan secara formal di sekolah, remaja juga sewajarnya menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Dalam soal pembacaan, sikap masyarakat barat wajar dicontohi. Golongan remaja tidak sepatutnya mencontohi perlakuan negatif mereka sedangkan amalan positif mereka diketepikan bak kata pepatah “jangan bercermin di air keruh”. Di samping itu, remaja juga hendaklah memanfaatkan kemudahan sains yang lain khususnya internet untuk menimba ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara. Dengan demikian, remaja tidak kekurangan maklumat sebaliknya mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di dunia tidak seperti katak di bawah tempurung.

            Kemahiran juga amat penting dalam dunia moden pada hari ini. Sehubungan dengan itu, remaja hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu yang diminati. Antaranya ialah kemahiran dalam bidang pembuatan, pertanian, seni atau kemahiran dalam perkomputeran. Selain itu, kemahiran berbahasa terutama bahasa inggeris juga penting dalam dunia kini. Dengan memiliki kemahiran tersebut, remaja lebih mudah bersaing untuk memperoleh pekerjaan. Sebagaimana yang sudah kita sedia maklum, antara punca pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini pada hari ini adalah kerana kekurangan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Ijazah yang dimiliki belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan tanpa sebarang kemahiran. Oleh itu, remaja perlu peka dan bersedia merebut segala peluang yang tersedia untuk memiliki kemahiran yang diperlukan.

            Dari aspek yang lain pula, golongan remaja hendaklah membiasakan diri mereka mengamalkan nilai-nilai murni, misalnya hormat-menghormati, saling membantu, bersyukur, rajin dan sebagainya. Perkara ini sukar menjadi identiti seseorang tanpa amalan dari awal khususnya ketika peringkat remaja. Selain disenangi oleh orang ramai, masyarakat yang sedemikian sememangnya menjadi matlamat negara iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Ertinya, kita mahu menjadikan rakyat dan negara ini maju tanpa menjejaskan moral dan akhlak bukannya seperti kemajuan di Barat yang mengetepikan soal moral masyarakat. Sebagai langkah awal, remaja hendaklah mengikuti segala nasihat ibu bapa dan guru. Remaja hendaklah melihat aspek nilai murni, moral dan akhlak sebagai sebahagian daripada agenda kehidupan harian mereka. Lagipun, aspek nilai juga selaras dengan ajaran agama.

            Remaja ialah aset penting negara kerana golongan inilah yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya mereka menjadi pemimpin keluarga suatu hari nanti. Sekiranya nasihat ibu bapa, guru dan mereka yang berpengalaman dijadikan panduan, matlamat yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.  

1 comment:

  1. JOIN BERSAMA KITA DI QQ96ACE DAPATKAN BONUS MEMBER BARU DAN ID PRO UNTUK KEMENANGAN MUTLAK
    WWW,QQ96ACE,ONLINE
    BONUS SPORTBOOK 200%
    BONUS DEPOSIT +20%
    CASHBACK MIXPARLAY 100%
    BONUS HARIAN POKER 5000
    WA +62 823 6229 3153
    BBM : 96ACEIDN
    Line : 96ACEIDN
    IG : QQ96INDO

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *