Saturday, March 11, 2017

Pemilikan Kad Kredit Mendatangkan Kesan Negatif Kepada Pengguna


Ditulis Oleh : Siti Khairizan Farhana Binti Mohammad Jafni
No Siri : 091 | No Matrik : 14021249

Cara hidup moden telah menuntut beberapa pengubahsuaian untuk menatijahkan kepuasan dan keberkesanan. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan selaras dengan kehendak masyarakat yang memilih gaya hidup yang lebih eksklusif. Kad kredit merupakan tawaran yang termasuk dalam pakej untuk memperoleh gaya hidup yang menarik, selesa dan selamat. Justeru, semakin banyaklah golongan yang berkelayakan berminat untuk melanggan kemudahan kad kredit. Namun demikian, di sebalik pelbagai insentif yang ditawarkan tanpa sedari terdapat pelbagai jerat juga.

Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada masa sekarang, semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka.

Penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad. Kemudahan kad kredit menggalakkan seseorang untuk berbelanja banyak. Pengguna akan berbelanja lebih daripada kemampuan mereka. Justeru, mereka tidak memikirkan kesan buruk apabila menggunakan kad kredit. Perbelanjaan yang bagai ikut hati mati, ikut rasa binasa menyebabkan mereka berhutang. Lama-kelamaan, pengguna kad kredit hidup di luar kemampuan. Mereka perlu memikirkan cara untuk melangsaikan hutang. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan kad kredit menyebabkan seseorang berhutang.

Selain itu, penggunaan kad kredit juga mendorong pengguna kad kredit memupuk sikap materialistik. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk memenuhi kepuasan hati mereka. Oleh sebab pemegang kad mempunyai peruntukan wang yang lebih banyak, mereka boleh membeli barangan berjenama. Mereka akan mementingkan kemewahan. Sebagai contoh, mereka membeli barangan berjenama seperti beg LV, jam tangan Devina dan sebagainya melalui kad kredit. Tujuan mereka adalah untuk berlagak di depan kawan mereka. Justeru, penggunaan kad kredit telah menggalakkan pengguna kad kredit memupuk sikap materialistik yang bagai api dalam sekam.

Pengguna kad kredit yang berhutang perlu menghadapi kehidupan yang tertekan. Ramai pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit kerana hutang mereka semakin bertambah dari bulan ke bulan. Kadar faedah hutang kad kredit amat tinggi iaitu setinggi 18%. Sesetengah mereka hanya mampu membayar kadar faedah setiap bulan untuk mengelakkan hutang daripada terus bertambah. Apabila hutang tidak mampu dilunaskan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah dan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan. Tegasnya, kehidupan pemilik akan berasa tertekan dan bagai manis dahulu, pahit kemudian.

            Kesimpulannya, pemilikan kad kredit sememangnya mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pemiliknya. Kegagalan mengawal nafsu dengan cara berhutang melalui kad kredit bakal menimbulkan pelbagai masalah. Apalah gunanya hidup berlagak dan bermewah-mewah sedangkan sumber yang diperoleh adalah melalui hutang. Justeru, hiduplah secara berwaspada, “ukur baju di badan sendiri”.

3 comments:

  1. Halo,
    Saya adalah Dr Ben Peterson, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda dalam apa-apa masalah kewangan? Memerlukan pinjaman untuk penyatuan hutang, pada kadar 2% pembinaan, pinjaman hartanah, pembiayaan semula, peribadi, tujuan perniagaan atau wang kecemasan? Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita yang memikirkan untuk memperluaskan perniagaan anda yang menawarkan pinjaman bagi semua jenis. jika berminat hubungi kami hari ini melalui (24hoursloanservices@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Hello am Puan, christabel walter, pemberi pinjaman yang sah dan dapat diandalkan untuk pinjaman
    dalam terma dan syarat yang jelas dan boleh difahami pada kadar faedah 2%.
    kami memberi pinjaman perniagaan,
    Pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, pinjaman hospital dan pinjaman untuk membayar bil. jika awak
    memerlukan pinjaman
    semua yang anda perlu lakukan adalah untuk anda menghubungi saya secara langsung melalui e-mel: (evelynaustinloanfirm@gmail.com)
    Tuhan merahmati kamu.
    Yang ikhlas,
    Puan: christabel walter
    E-mel: (evelynaustinloanfirm@gmail.com)

    Nota: Semua jawapan perlu dihantar ke: (evelynaustinloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

  3. Do You Seek Funds To Pay Off Credits and Debts? { FIFOCapitals@gmail.com } Is Here To Put A Stop To Your Financial Problems. We Offer All Kinds Of Loan (Personal Loan, Commercial Loan, etc.) We Give Out Loan With An Interest Rate Of 1.00%. Interested Applicants Should Contact Us Via Email: FIFOCapitals@gmail.com

    Please Fill the Application Form Below:
    - Complete Name:
    - Loan Amount Needed:
    - Loan Duration:
    - Purpose Of Loan:
    - City / Country:
    - Telephone:
    - How Did You Hear About Us:

    If You Are Interested To Get A Loan Then Kindly Write Us With The Loan Requirement. Please, Contact Us via email: FIFOCapitals@gmail.com,,,

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *