Monday, March 13, 2017

MULIAKAN TETAMU ..

Ditulis oleh : Nurul Ain Amanina Binti Abdul Rahim
No matrik: 14021144 | No siri : 075

“Wahai orang beriman , janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin dan memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)” (surah an-Nuur:27)

            Allah menyatakan ayat ini khususnya kepada orang yang beriman bahawa setiap dalam kalangan kita ada kawasan persendirian. Kawasan tersebut adalah tempat kita menginap (rumah). Di rumah inilah kita melakukan sesuatu yang kita senangi dan tinggalkan apa yang kita tidak mahukan.
USAH TERUS MASUK
            Allah memberi peringatan, kita sama sekali tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki kawasan persendirian ini. Apatah lagi kawasan tersebut bukan milik kita.
Syarat yang perlu dipenuhi sebagai tetamu:
ü  Pertama: kita diberikan izin oleh pemilik rumah untuk memasukinya
ü  Kedua: memberi salam sebagai tanda menghormati.
            Kedua-dua syarat ini  ditetapkan Allah demi menjaga hak tuan rumah supaya tidak dicabuli dengan mudah. Atas dasar inilah, seseorang yang memasuki rumah orang lain tanpa pengetahuan pemiliknya (sama ada mencuri atau suka-suka) adalah satu dosa yang patut dijauhi dan hindari. Hal ini secara tidak langsung mengundang fitnah yang besar dalam masyarakat kerana dalamnya banyak perihal ‘sulit.

HAK TUAN RUMAH
            Sebagaimana tetamu mempunyai syarat sebelum masuk ke rumah orang lain, tuan rumah juga mempunyai hak terhadap tetamu yang perlu ditunaikan.
Adab tuan rumah ke atas tetamu:
ü  Menyambut kedatangan tetamu dengan berdiri sebagai tanda hormat. Hal ini sebagaimana hadis riwayat bukhari dalam kitab shahihnya bahawasanya, Fatimah RA ada menceritakan setiap kali dia mengunjungi rumah ayahandanya(Rasulullah saw), maka Baginda akan bangun menyambut kedatangannya.
ü  Mengucapkan salam pertemuan, bersalaman, dan bertanya khabar. Hal ini membuka jalan kebaikan dan menggembirakan tetamu.
ü  Kedatangan tetamu disusuli dengan bersalaman sebagai tanda persaudaraan.
ü  Mempersilakan tetamu masuk dan menyediakan tempat duduk yang baik kepadanya. Hal ini menyebabkan tetamu berasa lebih selesa dan tidak segan menerima pelawaan.
ü  Menyediakan tempat tinggal sebaik mungkin. Hak ini ditunaikan jika tetamu berhajat untuk menginap. Sebagai tuan rumah, kita perlu fahami hak tetamu yang wajib ditunaikan adalah selama tiga hari. Manakala selebihnya adalah sedekah.
Namun kadangkala tuan rumah kurang selesa untuk membenarkan tetamu menginap. Sekiranya berlaku sedemikian sampaikanlah dengan cara yang baik dan bukan terus menidakkan. Ia bertujuan agar tetamu tidak berkecil hati dengan layanan yang diberikan.
RUANG KEBAIKAN
            Tetamu yang hadir sebenarnya membuka ruang kebaikan dan kebajikan kepada tuan rumah. Secara tidak langsung ia juga memberi kelebihan kepada kita yang meraikan. Sudah pasti Allah menganugerahkan balasan baik dan memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan ke atas tetamu.

            Janganlah meraikan tetamu yang ternama sahaja, atau mereka yang mempunyai kedudukan, pangkat, jawatan dan kekayaan. Tetamu yang miskin dan kurang bernasib baik dilayan dengan acuh tak acuh. Ingatlah, kita bukan selamanya tuan rumah, ada masa kita juga adalah tetamu sebagaimana kita menjadi tetamu-Nya di bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *