Monday, March 13, 2017

PERCAKAPAN YANG BAIK MEMBENTUK JATI DIRI MANTAP


Disediakan oleh: Muhammad Syarafi Bin Shokri (14021191)
No.siri: 102

Dalam mendidik diri ini, maka seseorang yang beriman akan memastikan percakapan yang dituturkan dan percakapan yang didengar setiap hari adalah percakapan yang akan meneguhkan lagi keimanan dan ketakwaan hati kepada Allah SWT. Jika kata-kata itu baik maka ucaplah dengan berhemah dan jika ia sebaliknya lebih baik diam, kerana itu lebih menjaga diri seseorang itu daripa menyakiti hati yang lain. Ini jelas dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam diri manusia ini, lidah adalah anggota yang disifatkan lebih tajam dari pisau, kerana apa yang keluar darinya mungkin menyebabkan orang disekeliling benci malah ia akan menyebabkan perbalahan atau sebaiknya jika sesuatu percakapan itu tidak dijaga. Percakapan itu juga menggambarkan akhlak dan keperibadian seseorang samada ianya boleh dijadikan contoh atau sebaliknya.

Percakapan yang baik bermula dari rumah. Rumah adalah suasana yang mendidik jiwa dan akhlak seseorang itu dalam melontarkan tutur kata yang baik. Ibu bapa adalah peranan besar dalam suasana ini kerana ianya akan menjadi teladan pada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dan nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka sentiasa menjaga diri daripada percakapan dan tingkah laku yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. Ibu bapa yang baik melambangkan keperibadian anak-anak, bak kata pepatah " dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".

Seseorang yang menjadi teman rapat kepada seseorang yang lain, sudah pasti akan sentiasa berkomunikasi dan berbicara dalam pergaulan harian mereka. Percakapan dan pendengaran kepada apa yang dicakapkan seharian ini akan sangat memberi kesan kepada hati. Sebagai insan yang cerdik seseorang itu perlu memilih kawan yang baik agar dapat membentuk diri dan hati ke arah yang baik.
Ingatlah percakapan seseorang itu menjadi suatu titik tolak dalam menjaga iman dan agama agar tidak di pandang remeh. Sesuatu yang baik itu bermula dari hati, sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud: "Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung) (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599). Maka ucaplah dengan kata-kata yang baik, jika tidak mampu diamlah dari berkata yang sia-sia.
" Bersegeralah untuk kebaikan"


Rujukan: Al-Quran,Al-Hadith dan majalah dakwah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *