Monday, March 13, 2017

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH AL-WAQI’AH

DITULIS OLEH
NAMA PENUH : NOOR SA’ADAH BINTI OMAR
NO SIRI : 018
NO MATRIK : 14021123

                Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke 55 dalam kitab suci al-Quran. Dalam surah al-Waqi’ah ini Nabi Muhammad dan menurut fatwa sebahagian ulama dan para alim lainnya mengandung beberapa khasiat, antara lain :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
 “ Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah tiap-tiap malam akan terhindar lah ia dari papa (miskin melarat)”.  
 (( H.R. AL Baihaqi))
Sebahagian ulama berpendapat bahawa :
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari. maka Allah akan memudahkan rezekinya tanpa kesukaran dan mengalir terus dari berbagai-bagai penjuru serta berkat pula”.
Juga :
                “Barangsiapa yang mewiridkan tiap-tiap hari sesudah sembahyang Asar sebanyak (14x), maka Allah akan memberi rezekinya yang mudah dan murah”.
Menurut Syeikh Abi Abbas berkata :
a.       Bila hendak mengamalkan surah al-Waqi’ah ini terlebih dahulu harus berpuasa selama 7 hari yang dimulai pada pada hari Jumaat. Dan puasanya tidak memakan sesuatu yang bernyawa (ikan, daging segala haiwan) hanya diperbolehkan makan sayur-sayuran saja.
b.      Selama dalam puasa itu, sesudah sembahyang fardu membaca surah Waqi’ah sebanyak 25 kali (dalam satu minggu).
c.       Pada malam Jumaat terakhir hendaklah membaca surah al-Waqi’ah sebanyak (125 kali) dan membaca selawat atas Nabi (1000 kali).


Inshaa ALLAH dengan mengamalkan surah Waqi’ah dengan cara tersebut di atas ia akan menjadi orang kaya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *