Monday, March 13, 2017

An nasihah yang besar

Disediakan oleh: che Muhammad firdaus bin che Abdullah
No Matrik: 14021193
No Siri: 093


Antara perkara terbesar berkaitan an-nasihah untuk Allah dan rasul adalah mempertahankan kehormatan agama, menolak salah faham dan tohmahan terhadap islam, berdakwah kepada agama Allah, mengorbankan jiwa dan raga untuk Allah dan agamanya.
Selain itu, menolak tohmahan ahli hawa nafsu dan bidaah dengan kitab dan sunnah. Dan juga menerangkan berkaitan maksud-maksud hadis, maksud-maksud ayat al-quran, menerangkan hadis-hadis sahih dan hadis-hadis yang ditolak, menerangkan perihal keadaan perawi yang kuat dan yang lemah.
Ini adalah tanggungjjawab khusus untuk para ilmuwan dan mereka yang mendalami ilmu tersebut. Adapun masyarakat biasa tidak dipertanggungjawabkan kerana ditakuti akan salah dan silap terhadap fakta sebenar.
Nah…itulah yang dimaksudkan dengan an-nasihah di dalam hadis ini. Kerana itu, hadis yang dibincangkan di sini adalah sebuah hadis yang sangat besar ertinya. Sebuah hadis yang menggambarkan tentang agama keseluruhannya. Perkara penting berkaitan agama itu disimpulkan di dalam satu ungkapan  iaitu… AGAMA ITU AN-NASIHAH. Ia menunjukkan kepada besar dan tinggi kedudukan an- nasihah di dalam agama dan kerana itu para ulama menganggap hadis ini sebagai tiang agama.











No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *