Monday, March 13, 2017

7 DOSA BESAR MENURUT HADIST RASULULLAH SAW

DITULIS OLEH
NAMA PENUH : NOOR SA’ADAH BINTI OMAR
NO SIRI : 018
NO MATRIK : 14021123

Tujuh Dosa Besar

Rasulullah Saw. bersabda :

اِجْتَنِبُواالسَّبْعَ الْمُوْ بِقَاتِ اَلشِّرْكُ بِاللهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِىْ حَرَّمَ اللهُ اِلاَّ بِالْحَقِّ وَاٰكِلُ الرِّبَا وَاٰكِلُ مَالِ الْيَتِيْمِ وَالتَّوَ لِّى يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْ فَ الْمُحْصَنَا تِ الْغَا فِلاَ تِ الْمُؤْ مِنَا تِ. ﴿ رواه البخار ى و مسلم. ﴾
Ertinya :

Jauhilah tujuh dosa yang bertingkat - tingkat (besar), di antaranya ialah :

1. Mempersekutukan Allah
2. Sihir
3. Membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan hak.
4. Makan harta riba
5. Makan harta anak yatim
6. Lari dari peperangan
7. Menuduh wanita yang beriman yang tidak tahu menahu dengan perbuatan buruk dengan apa yang difitnahkan kepadanya.

(HR Bukhari dan Muslim)

Seorang ulama’ Ahlul Bait Abu Abdillah Ja’far bin Muhammad Shadiq memperinci dasa-dosa besar sebagai berikut:

a. Pertama syirik kepada Allah SWT. Tentang hal ini Allah SWT berfirman, yang ertinya :
“Sesungguhnya, A/lah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang di­ kehendaki-Nya
(an Nisaa’:4S)
“… Sesungguhnya, orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga (al-Maa’idah:72)”

b. Kedua adalah ber­putus asa dari mendapatkan rahmat Allah SWT. Allah SWT berfirman mengenai hal ini
“… Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ‘ (Yusuf: 87)”


c. Ketiga adalah merasa aman dari ancaman Allah SWT. Allah SWT berfirman tentang hal ini,
“… Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. ‘(al-A’raaf: 99)”

d. Keempat adalah berbuat derhaka kepada kedua orang tua. Kerana, Allah SWT menyifatkan orang yang berbuat derhaka kepada kedua orang tuanya sebagai orang yang jabbaar syaqiy ‘orang yang sombong lagi celaka’. Tentang hal ini Allah SWT berfirman,
“‘Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. ‘(Maryam: 32)”

e. Kelima adalah membunuh. Tentang hal ini Allah SWT berfirman,
“‘Dan, barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahannam, kekal ia di dalamnya…….. ‘(an-Nisaa’: 93)”

f. Keenam adalah menuduh wanita baik-baik berbuat zina. Tentang hal ini Allah SWT berfirman,
“‘Sesunggubnya, orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-­baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.’ (an-Nuur: 23)

g. Ketujuh adalah memakan riba. Tentang hal ini Allah SWT berfirman,
““Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri mela­inkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila ‘(al-Baqarah: 275)”
 Petikan di atas dipetik dari internet.
Selain itu, 7 dosa yang boleh dikongsi bersama berdasarkan sebuah buku iaitu :
v  -Syirik kepada Allah, iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyah, uluhiyyah mahu pun nama dan sifat-sifatnya.
v  -Kufur kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada dan qadar Allah.
v  -Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima.
v  -Mempersendakan Allah, agama dan rasul-Nya.
v  -Mencaci Allah, agama dan rasul-Nya.
v  -Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah.

v  -Munafik, iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *