Monday, March 13, 2017

DUHAI ANAK...BAHAGIAKANLAH ORANG TUAMU

Siti Maryam binti Zulkefli
No. siri: 010

Jadikanlah ibumu sebagai ratumu dan jadikanlah ayahmu sebagai rajamu kerana kita sebagai anaknya harus patuh terhadap kedua orang tua kita kerana dia yang sudah membesarkan kita. Bayangkan jika kedua orang tua kita sudah tidak ada. Cuba kita bayangkan hidup didunia tanpa mereka. Bayangkanlah rasanya dan jangan kamu derhaka kepada keduanya. Bahagiakanlah mereka dan balaslah apa yang telah mereka korbankan selama ini kepada kita.

Keluarga di ibaratkan sebagai organ tubuh manusia jika salah satu tidak ada maka tidak lengkap dan ada kekurangan dalam keluarga tersebut. Maka jagalah keluarga kita dengan sebaik-baiknya seperti kita menjaga apa yang kita sayangi dan cintai.

Kedua orang tua kita tidak pernah lelah dan letih ataupun mengeluh untuk memenuhi semua keperluan kita. Cuba kita fikirkan apa yang telah kita lakukan kepada mereka dan renungkanlah dosa apa saja yang telah kita lakukan kepada mereka. Lakukanlah perkara yang boleh membuatkan kedua orang tuamu bahagia walaupun perkara tersebut kecil tetapi akan dikenang seumur hidup mereka, alangkah bahagianya mereka.

Di antara amalan yang diajarkan oleh islam untuk kita membalas jasa kedua orang tua kita adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka. Di samping itu juga kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkan bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai seorang anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan mereka dari orang lain.

Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w iaitu kisah seorang pemuda yang bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah. Akhirnya barulah al-Qamah dapatlah menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.


Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada kita? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita. Firman Allah swt dalam surah Al-Isra’ :24 yang bermaksud : “ dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah kepada mereka dengan berkata: wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *